Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pasar Tani Jepak 2-3 Ogos ini, peluang jana pendapatan penduduk luar bandar
  • WILAYAH

Pasar Tani Jepak 2-3 Ogos ini, peluang jana pendapatan penduduk luar bandar

Utusan Sarawak 1 day ago
ADUN Jepak, Iskandar Turkee menyerahkan sumbangan kanopi kepada peserta awal Pasar Tani Jepak sebagai sokongan kepada usahawan tempatan.

BINTULU: Pasar Tani Jepak yang bakal berlangsung pada 2 hingga 3 Ogos ini akan menjadi platform penting bagi memperkasa ekonomi penduduk luar bandar khususnya dalam kalangan usahawan kecil dan petani.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee berkata inisiatif itu memberi peluang kepada masyarakat kampung memasarkan produk tempatan secara lebih tersusun dan berterusan.

“Pasar tani ini akan menghimpunkan pelbagai produk komuniti seperti kuih kering, minuman kampung serta hasil pertanian yang boleh membantu meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar,” katanya ketika ditemui media selepas menyampaikan sumbangan kanopi kepada 20 peserta awal Pasar Tani Jepak di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak di sini, hari ini.

Pasar tani anjuran Pusat Khidmat DUN Jepak dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Bintulu dan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) itu akan melibatkan usahawan tempatan serta 10 ahli Komuniti Bintulu Car Boots Sale.

“Kita juga menggalakkan penglibatan segmen pasar karat sebagai tarikan tambahan kepada pengunjung selain penyertaan agensi kerajaan seperti Agrobank, Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM),” ujarnya.

Lokasi pasar tani itu terletak berhampiran bangunan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) dan Pusat Giat MARA Jepak dan akan beroperasi dari 6.00 pagi hingga 1.00 petang.

ADUN Jepak, Iskandar Turkee menyampaikan taklimat kepada peserta Pasar Tani Jepak di Pusat Khidmat DUN Jepak, hari ini.

Beliau berkata, FAMA turut menyediakan jualan barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, gula dan tepung pada harga rahmah hasil kerjasama pembekal tempatan.

“Jika sambutan menggalakkan dan bekalan mencukupi, jualan harga rahmah ini boleh diadakan secara bulanan,” tambahnya.

Majlis perasmian rasmi Pasar Tani Jepak dijadual berlangsung pada 23 Ogos ini dan dijangka akan disempurnakan oleh Pengarah FAMA Negeri Sarawak, Norsalawaty Abdul Kadir.

Iskandar turut menggesa orang ramai untuk datang memeriahkan program tersebut sambil mengingatkan agar menjaga disiplin dan meletakkan kenderaan di tempat yang sesuai bagi memastikan kelancaran trafik dan keselesaan semua pihak.

Aktiviti sampingan seperti pertandingan mewarna turut dianjurkan untuk menarik kehadiran pengunjung pelbagai peringkat umur.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Yap visits project sites to kickstart vital infrastructure upgrades in Kota Sentosa
Next: Program kemahiran praktikal buka peluang jana pendapatan melalui keusahawanan kecil

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.