MUKAH: Walaupun kita ini sudah masuk dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan(PKPP) pasar tamu di Pekan Selangau tetap mematuhi SOP yang ditetapkan.
Utusan Sarawak yang ke sana pada Isnin lalu mendapati pihak pengurusan pasar jualan produk tani berkenaan telah menempatkan sebuah meja untuk memeriksa suhu di laluan masuk struktur yang terkini dibangunkan di Pekan itu.
Selain daripada pemeriksaan suhu, anggota RELA yang memantau keadaan pematuhan SOP itu juga mengarahkan pelawat untuk mecatitkan data peribadi di sebuah buku.
Langkah berjaga-jaga yang diambil oleh pengurusan Pasar Tamu Baharu itu seharusnya dicontohi kerana ia telah memberi keyakinan terutama kepada pelanggan yang mengunjunginya.
Senario itu menggambarkan bahawa soal pematuhan SOP adalah amat penting dalam suasana kita masih memenangi Covid-19 sekarang.
Oleh Henry B Siyu