Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pasar raya dikompaun gagal letak tanda harga
  • TEMPATAN

Pasar raya dikompaun gagal letak tanda harga

Utusan Sarawak 5 years ago
SALIHIN DEN

MUKAH: Sebuah pasar raya utama di sini dikompaun selepas gagal meletakkan tanda harga pada barang yang dipamer untuk jualan semasa pemeriksaan dilakukan oleh Bahagian Penguatkasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Mukah baru-baru ini.

 Ketua Cawangannya, Salihin Den berkata, tindakan tersebut diambil selepas satu aduan diterima oleh pihaknya menerusi sistem e-aduan KPDNHEP.

“Pasaraya tersebut dikompaun RM2,000 kerana gagal meletak tanda harga pada satu barangan sahaja yang mana kes tersebut diambil tindakan oleh kita susulan aduan orang awam,” katanya.

Katanya, pasar raya tersebut telah melakukan kesalahan dibawah Sub-perenggan 3(1), Perintah Kawalan Harga (Penandaan Harga Oleh Peniaga Runcit) 1993 kerana gagal meletakkan tag, label atau tanda harga tunai pada barangan yang dipamerkan untuk jualan.

“Kita telah menyita barangan tersebut iaitu tepung gandum menggunakan cap dagang ‘Lily’ dengan nilai rampasan sebanyak RM101.50,” katanya

Salihin berkata, KPDNHEP tidak akan berkompromi dengan mana-mana peniaga yang dengan sengaja atau gagal memastikan tanda harga yang jelas dan mudah dilihat oleh pengguna diletakkan pada barangan yang dipamerkan untuk tujuan jualan.

“Pihak kami juga akan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang meletak tanda harga yang boleh mengelirukan pengguna. “Peniaga atau individu yang melakukan kesalahan tersebut boleh didakwa dan dikenakan penalti dibawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 yang membawa hukuman denda RM100,000 bagi orang perseorangan dan RM250,000 bagi syarikat serta penjara tidak melebihi tiga tahun,” katanya.

Oleh Henry B Siyu

Continue Reading

Previous: Misi lahirkan cendekiawan diteruskan
Next: Pelaksanaan projek pertanian moden diperkembang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.