Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pasar pagi Bintulu nadi komuniti, meriah dengan aktiviti, kehidupan sosial
  • Utara
  • WILAYAH

Pasar pagi Bintulu nadi komuniti, meriah dengan aktiviti, kehidupan sosial

Utusan Sarawak 3 weeks ago
SUASANA Pasar pagi Bintulu.

BINTULU: Pasar pagi Bintulu menjadi nadi kehidupan komuniti setempat, bukan hanya sebagai tempat jual beli, tetapi juga ruang sosial yang menghubungkan pelbagai lapisan masyarakat.

Tinjauan Utusan Sarawak mendapati pasar yang beroperasi seawal 6.00 pagi itu dipenuhi dengan gelak ketawa pelanggan tetap, sapaan mesra peniaga kepada pembeli, dan hiruk-pikuk urusan jual beli yang menceriakan suasana.

Sebahagian peniaga pula sudah berada di tapak seawal sebelum subuh, bersiap sedia membuka gerai demi memastikan pelanggan mendapat pilihan terbaik sebaik sahaja mereka tiba.

Pelbagai barangan tempatan dijual termasuk hasil laut, sayur-sayuran kampung, anak pokok, makanan sarapan dan sebagainya.

Kombinasi tersebut menjadikan pasar pagi bukan sahaja praktikal, malah penuh warna-warni budaya tempatan.

Pasar itu juga menjadi tempat pertemuan generasi lama dan muda, ada yang datang membeli, ada yang sekadar melihat untuk mengimbau kenangan atau merasai semula suasana mesra yang semakin jarang ditemui.

Bagi memastikan kelancaran urusan jual beli, pihak berkuasa tempatan telah memasang papan tanda larangan parkir untuk kenderaan awam di kawasan tapak niaga.

Kawasan tersebut dikhaskan hanya untuk kegunaan peniaga sepanjang waktu operasi dari 6.00 hingga 8.30 pagi setiap hari termasuk Sabtu, Ahad dan cuti umum.

Langkah seumpama itu bertujuan mengelakkan kesesakan dan memberi ruang selesa untuk pengunjung serta peniaga menjalankan aktiviti perniagaan mereka dengan lancar.

Bagi masyarakat Bintulu, pasar pagi bukan sekadar tempat membeli barang murah dan segar — ia adalah cerminan semangat komuniti dan tradisi yang terus hidup saban hari.
Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pelajar Kolej Vokasional disaran rebut peluang TVET seiring aspirasi Sarawak
Next: RM350,000 naik taraf Taman Lalulintas Sarikei – MOTS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.