Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Pasangan kekasih ditahan, edar dadah bernilai lebih RM500,000
  • JENAYAH

Pasangan kekasih ditahan, edar dadah bernilai lebih RM500,000

Utusan Sarawak 1 day ago
TUNJUK… Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah (tengah) menunjukkan sebahagian daripada rampasan pelbagai jenis dadah dalam sidang media di Ruai Kenyalang IPD Miri, hari ini.

MIRI: Polis berjaya menahan sepasang kekasih warga tempatan dan merampas dadah bernilai lebih setengah juta ringgit dalam serbuan ke atas sebuah bilik sewa di kawasan Riam, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, serbuan sekitar 8.20 malam itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kontinjen Sarawak.

“Hasil pemeriksaan menemui pelbagai jenis dadah iaitu 409 gram syabu, 1,029 gram ketamin, 3,342 gram pil ekstasi, 1,986 gram Erimin 5 serta 15 mililiter cecair ganja.

“Keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM509,525 termasuk wang tunai RM2,800 dan sebuah kenderaan,”  katanya pada sidang media yang diadakan di Ruai Kenyalang Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) hari ini.

Mohd Farhan berkata, jumlah dadah yang dirampas itu dianggarkan mampu digunakan oleh 14,131 penagih.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek lelaki berusia 25 tahun memiliki rekod kesalahan lampau, manakalanya pasanganya berusia 32 tahun tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

TUNJUK… Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah (tengah) menunjukkan sebahagian daripada rampasan pelbagai jenis dadah dalam sidang media di Ruai Kenyalang IPD Miri, hari ini.

Hasil siasatan awal mendapati modus operandi suspek ini adalah dengan mendapatkan bekalan daripada ahli sindiket dadah lain sebelum diedarkan semula kepada pelanggan tempatan.

“Polis memperoleh perintah reman selama tujuh hari bermula 20 hingga 27 Oktober bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta tidak kurang daripada 12 sebatan jika tidak dijatuhkan hukuman mati,” jelasnya.

Tambah beliau, polis kini sedang mengesan saki-baki ahli sindiket yang masih bebas dan menggesa orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah di kawasan masing-masing.

“Kerjasama masyarakat amat penting dalam membantu pihak polis membanteras gejala dadah yang kian menular,” ujarnya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Hotline JSJN di 012-2087222, Hotline JSJN Sarawak di 017-5929211, atau IPD Miri di 085-433730 / 085-433400 serta mana-mana balai polis berhampiran.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Op Dadu Saratok: Dua suspek ditahan, 17 premis diperiksa
Next: Dua lelaki dicekup curi buah limau di Kota Samarahan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.