Pasangan ditahan kes dadah di Lawas

Facebook
WhatsApp

LAWAS: Polis Daerah Lawas menahan seorang lelaki bersama pasangannya pada Jumaat lepas kerana disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan, dalam satu kenyataan berkata sepasukan polis menahan sebuah kereta di bandar ini yang dinaiki seorang lelaki berusia 35 tahun, bekerja sebagai buruh, bersama seorang wanita berusia 33 tahun.

Menurut beliau, kedua-dua suspek ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

“Hasil pemeriksaan ke atas badan dan kenderaan tidak menemui sebarang barang salah atau dadah. Namun, ujian air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

“Semakan rekod lampau mendapati suspek lelaki mempunyai tiga kesalahan berkaitan dadah, manakala suspek wanita mempunyai satu kesalahan lampau,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Oleh Adeng Edrus

Tiga wanita cuba curi kabel SEB ditahan

MIRI: Cubaan tiga wanita mencuri kabel milik Sarawak Energy Berhad (SEB) tidak kesampaian apabila mereka ditahan polis berhampiran Balai Bomba