Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Pasangan Diraja Brunei kongsi gambar Puteri Zahra
  • SEMASA

Pasangan Diraja Brunei kongsi gambar Puteri Zahra

Utusan Sarawak 3 hours ago
PUTERA Mateen dan isteri bergambar bersama cahaya mata sulung mereka, Puteri Zahra. Foto Instagram

KUALA LUMPUR: Pasangan Diraja Brunei, Paduka Seri Pangiran Muda Abdul Mateen dan isteri, Paduka Seri Pangiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam berkongsi foto pertama cahaya mata sulung mereka kepada umum.

Minggu lalu, pasangan diraja itu mengumumkan kelahiran bayi perempuan mereka.

Dalam perkongsian terbaharu di Instagram Putera Mateen, mereka turut mendedahkan nama puteri kesayangan yang diberi nama Zahra Mariam Bolkiah.

Menurut perkongsian itu, nama Zahra berasal daripada bahasa Arab yang membawa maksud sinar kecemerlangan, keindahan dan bunga.

PUTERI Zahra Mariam Bolkiah. Foto Facebook

Putera Mateen memuat naik sekeping gambar memaparkan beliau bersama isteri dan bayi perempuan mereka di akaun Instagram miliknya.

“Beta dan Anisha sangat bersyukur kepada pasukan di JPMC yang luar biasa atas penjagaan serta sokongan yang diberikan. Kami dengan tulus ikhlas berterima kasih atas segala ucapan baik yang diterima,” tulis baginda.

Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi positif daripada warga maya yang turut menzahirkan ucapan tahniah serta doa kesejahteraan buat keluarga diraja berkenaan.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi hadir ke mesyuarat hari pertama Majlis Raja-Raja Ke-271
Next: Kerajaan negeri, sektor swasta perlu bertanggungjawab tambah hotel, wujudkan pasar malam kekal di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.