Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pasangan cilik dari Kabong dinobatkan juara Pertandingan Bertandak
  • Selatan
  • WILAYAH

Pasangan cilik dari Kabong dinobatkan juara Pertandingan Bertandak

Utusan Sarawak 1 day ago
TAHNIAH…Pasangan cilik dari Kabong dinobatkan juara Pertandingan Bertandak Terbuka sempena Pesta Saratok 2025 di Pentas Utama Dewan Terbuka Sri Kalaka, baru-baru ini. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kalaka

SARATOK: Kehebatan pasangan cilik dari Kabong memukau pentas Dewan Terbuka Sri Kalaka apabila mereka berjaya dinobatkan sebagai juara Pertandingan Bertandak Terbuka sempena Pesta Saratok 2025, baru-baru ini.

Dengan iringan paluan gendang yang rancak serta kemerduan suara Dayang Azura, dipadu alunan pemuzik handalan Awangko Karma Pangiran Joll, pasangan ini berjaya menambat hati dua juri.

Kemenangan manis itu melayakkan mereka membawa pulang wang tunai RM500 beserta trofi kejuaraan.

Naib juara pula milik pasangan Selendang Mayang yang membawa pulang wang tunai RM400, manakala tempat ketiga disandang pasangan Gemersik Spaoh dengan hadiah wang tunai RM300.

Kesemua hadiah disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri yang turut memuji semangat kesenian yang ditonjolkan para peserta.

Pertandingan anjuran Pergerakan Sayap Belia 1828 Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Kalaka dengan kerjasama Pusat Khidmat ADUN N.38 Kalaka ini menyaksikan penyertaan lapan pasangan berbakat, termasuk peserta dari Mukah, Bintulu, Spaoh, Kabong, Beladin dan Saratok sendiri.

Malam penuh warna-warni itu turut dimeriahkan dengan cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik termasuk televisyen 44 inci, mesin basuh dan ketuhar.

Meskipun hujan membasahi bumi Saratok, kira-kira 700 penonton tetap setia menyaksikan pertunjukan budaya yang penuh gemilang itu hingga ke penghujung acara.

Turut hadir Pegawai Daerah Saratok, Muhammad Dino Amid, Penguasa Bomba Saratok, Putera Ila dan Pemanca Lim Guan Ann.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pokok besar tumbang hempap kereta di Jalan Pending, dua arah jalan terhalang
Next: Doris Sophia dilantik sebagai FOM bagi KDN

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.