Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Pasangan beregu Desnelvinson-Voon Tong muncul juara
  • SUKAN

Pasangan beregu Desnelvinson-Voon Tong muncul juara

Utusan Sarawak 5 hours ago
DATUK Francis Harden Hollis menyampaikan hadiah kepada pasangan juara kategori beregu lelaki 15TKB. Foto: Adi Safarman

SIMANGGANG: Pasangan Desnelvinson Manai dan Voon Tong Seng muncul juara bagi kategori beregu lelaki 15 tahun ke bawah (15TKB) pada Pertandingan Badminton Tertutup Bahagian Sri Aman-Betong 12TKB dan 15TKB 2025 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Sri Aman, hari ini.

Naib juara pula dimenangi oleh pasangan Abang Afiq Hilmi Abang Sulaiman dan Abang Muhamad Razique FikrinAbang Rosni dan tempat ketiga bersama dimenangi oleh pasangan Tan Choo Bin, Felix Ling You Xin dan Cyrus Lee Shao Ting, Cheng Jue Hung.

DATUK Francis Harden Hollis merakamkan gambar bersama kesemua pemenang. Foto: Adi Safarman

Bagi kategori perseorangan lelaki 15TKB, Dess Arundell Johnny muncul juara, Benesj Chiong Shi Poh naib juara, Ryan Chan dan Abang Afiq Hilmi Abang Sulaiman ditempat ketiga bersama.

JUARA kategori beregu lelaki 12TKB. Foto: Adi Safarman

Bagi kategori beregu lelaki 12TKB, pasangan Clement Lee Shao Hong dan Sim Yong Kong muncul juara selepas menewaskan pasangan Chong Cheng Wei dan Kyler Lo Ka We ditempat kedua, manakala pasangan Simon Yap Chung Hung, Marcell Majeng Maxwell Inyang dan pasangan Danny Tsai Jian Xiang, Jesmy Jee Cong Jun berada ditempat ketiga bersama.

Kategori perseorangan lelaki 12TKB pula, menyaksikan Sim Yong Kang muncul juara, Kyler Lo Ka We ditempat kedua dan Clement Lee Shao Hong serta Chong Cheng Wei ditempat ketiga bersama.

Bagi kategori perempuan perseorangan 15TKB, Sarah Lo Qing We muncul sebagai juara, Victoria Lee Xin Ran muncul naib juara manakala Christy Chin Jing Jing dan Sharon Chin Lee Sze ditempat ketiga bersama.

Sementara itu, bagi kategori perempuan perseorangan 12TKB pula, Annabelle Lee Xin Chen muncul juara, Vidonia Chong Yin Xuen ditempat kedua dan Lyvia Chong Yin Xing dan Calynn Law ditempat ketiga bersama.

Kesemua hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis. Turut bersama ialah Datin Simba Nalang, Presiden Kelab Badminton Simanggang, Kapitan Tay Buan Boon.

Pertandingan Badminton Tertutup Bahagian Sri Aman-Betong 12TKB dan 15TKB 2025 anjuran Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Cawangan Simanggang dengan kerjasama Kelab Badminton Simanggang (SBC) itu telah disertai sebanyak 64 buah pasukan dan 82 jumlah peserta daripada enam kategori yang dipertandingkan.

Oleh Adi Safarman

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Special Olympics: Skuad Bola Keranjang 3X3 sasar kedudukan podium di Switzerland
Next: Terbuka Indonesia: Pearly-Thinaah tewas di tangan beregu nombor satu dunia  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.