Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • PAS minta PKR tidak bertanding
  • NASIONAL

PAS minta PKR tidak bertanding

Utusan Sarawak 5 years ago

KOTA BHARU, 27 Mei -- Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (kiri) bertanya sesuatu kepada salah seorang mangsa Hussain Nordin, 77, setelah rumahnya terbabit dalam kebakaran melibatkan tiga buah rumah di Taman Jabatan Perumahan Negara (JPN), Jalan Padang Tembak, Pengkalan Chepa hari ini. -- fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (kiri) bertanya sesuatu kepada salah seorang mangsa Hussain Nordin, 77, setelah rumahnya terbabit dalam kebakaran melibatkan tiga buah rumah di Taman Jabatan Perumahan Negara (JPN), Jalan Padang Tembak, Pengkalan Chepa semalam. – Foto BERNAMA

KOTA BHARU: PAS meminta pembangkang terutama Parti Keadilan Rakyat (PKR), untuk  tidak bertanding Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, yang akan berlangsung pada 4 Julai.

Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, selain pembangkang sukar untuk memenangi DUN itu dan menjimatkan belanja, adalah sukar untuk mana-mana pihak berkempen, ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Kerusi DUN Chini ini adalah kubu kuat Barisan Nasional (BN) dan sukar untuk parti lain menang. Adalah lebih baik tidak ada pertandingan di Chini ini, untuk menyelesaikan masalah,” katanya kepada pemberita ketika melawat keluarga di tiga buah rumah yang musnah terbakar di Taman JPN, Pengkalan Chepa, di sini semalam.

Mohd Amar berkata, jika ada pertandingan adalah sukar untuk penyokong parti mematuhi prosedur operasi standard (SOP), terutama soal jarakkan sosial.

SPR menetapkan 4 Julai sebagai tarikh PRK Chini  susulan kematian ADUN kawasan itu, Abu Bakar Harun, 60, kerana serangan jantung pada pada 6 Mei lalu. 

Pada PRU14 lalu, BN menang dengan majoriti 4,622 undi dan Mohd Amar berkata, PAS akan menyokong penuh BN bagi kerusi itu. – BERNAMA

Continue Reading

Previous: Tiada beza kluster ‘kayangan dan bumi’
Next: Treler bawa 22,000 liter oksigen cecair terbabas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.