
SIBU: Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang Ming Tee mengingatkan parti politik supaya tidak mencampuri urusan dalaman pertubuhan atau badan bukan kerajaan (NGO).
Tegasnya, pertubuhan atau NGO merupakan tiang penting dalam membina komuniti dan masyarakat, justeru autonomi mereka perlu dihormati.
Katanya, NGO tidak seharusnya dijadikan alat untuk meraih keuntungan politik, sebaliknya fokus perlu diberikan kepada penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
“Ahli politik tidak sepatutnya menggalakkan mana-mana ahli keluar dari pertubuhan mereka hanya kerana tidak berpuas hati. Itu adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab,” katanya.
Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan itu menyampaikan geran projek kecil luar bandar (MRP) berjumlah RM1.28 juta kepada sebanyak 131 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), persatuan, dan NGO di Sibu.
Oleh Akun Giman