Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Parlimen Thailand bersidang esok pilih Perdana Menteri baharu
  • GLOBAL

Parlimen Thailand bersidang esok pilih Perdana Menteri baharu

Utusan Sarawak 9 months ago
MAHKAMAH Perlembagaan Thailand semalam memutuskan Srettha Thavisin dilucutkan daripada jawatan perdana menteri selepas didapati bersalah melantik seorang menteri yang mempunyai rekod jenayah pada Mei lalu.

BANGKOK: Parlimen Thailand akan bersidang esok bagi mengadakan mesyuarat khas memilih perdana menteri baharu susulan keputusan mahkamah yang menyingkirkan Srettha Thavisin, semalam.

Dalam satu kenyataan yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung Dewan Perwakilan, Leftenan Polis Kanan Arpath Sukhanunth, beliau memaklumkan bahawa Speaker Dewan Rakyat, Wan Muhamad Noor Matha menghantar notis kepada semua Ahli Parlimen (MP) pada petang Rabu, menyeru mereka untuk hadir ke mesyuarat yang akan diadakan pada 10.00 pagi, esok.

“Ahli Parlimen akan mengundi untuk mempertimbangkan individu yang sepatutnya dilantik sebagai Perdana Menteri mengikut Seksyen 159 Perlembagaan Kerajaan Thailand,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Mahkamah Perlembagaan Thailand semalam memutuskan Srettha Thavisin dilucutkan daripada jawatan perdana menteri selepas didapati bersalah melantik seorang menteri yang mempunyai rekod jenayah pada Mei lalu.

Sementara itu, media tempatan melaporkan bahawa Phumtham Wechayachai daripada parti Pheu Thai telah dinamakan sebagai pemangku Perdana Menteri, kerana beliau merupakan Timbalan Perdana Menteri Pertama dan juga Menteri Perdagangan di bawah pentadbiran Srettha.

Perlembagaan Thailand menetapkan bahawa untuk menjadi perdana menteri, calon perlu mendapat sokongan majoriti daripada keseluruhan 493 Ahli Parlimen sedia ada, yang bermakna calon itu perlu memperoleh sekurang-kurangnya 248 undi.

Daripada jumlah keseluruhan 500 kerusi parlimen, enam Ahli Parlimen Parti Move Forward (MFP) dilarang berkhidmat selepas parti itu dibubarkan oleh Mahkamah Perlembagaan minggu lalu, manakala seorang Ahli Parlimen Nakhon Si Thammarat digantung tugas kerana terlibat dalam membeli undi. – Bernama

Continue Reading

Previous: Pencipta Famous Amos, Wally Amos meninggal dunia pada usia 88 tahun
Next: Tokyo siap sedia hadapi Taufan Ampil

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.