Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Parlimen: Sukatan pelajaran, kad pengenalan generasi baharu tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • SEMASA

Parlimen: Sukatan pelajaran, kad pengenalan generasi baharu tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Utusan Sarawak 6 months ago

KUALA LUMPUR: Isu sukatan pelajaran dan status terkini berkaitan kad pengenalan generasi baharu antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen Malaysia, Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) akan bertanyakan kepada Menteri Pendidikan mengenai sukatan pelajaran baharu yang akan diguna pakai menjelang 2027 serta rancangan kementerian untuk meningkatkan tahap pencapaian pelajar dari sudut literasi dan numerasi.

Manndzri Nasib (BN-Tenggara) pula akan mengajukan soalan kepada Menteri Dalam Negeri berhubung status terkini berkaitan dengan kad pengenalan generasi baharu yang bakal diperkenalkan oleh pihak kerajaan bagi menggantikan kad pengenalan diri sedia ada dengan tujuan mengatasi isu pemalsuan kad identiti kewarganegaraan. 

Pada sesi sama, Chiew Choon Man (PH-Miri) akan mengemukakan pertanyaan kepada Menteri Kewangan sama ada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dapat memperkasakan program i-Lindung melalui subsidi dan rundingan bersama syarikat insurans agar perlindungan perubatan dapat ditawarkan hingga umur 99 tahun pada kadar yang berpatutan. 

Usai sesi soal jawab lisan itu, persidangan Dewan Rakyat akan diteruskan dengan sesi perbahasan dan penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2025 peringkat jawatankuasa oleh menteri daripada setiap kementerian terlibat.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung 35 hari bermula 14 Oktober hingga 12 Disember ini. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: DUN: 1.16 hektar tanah NCR berjaya diukur, telah diwartakan 924,596 hektar
Next: Kejohanan Olahraga MSSR platform gilap pelapis atlet

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.