Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Parlimen: PGK bukan ukuran tunggal pertimbangan permohonan kebajikan – Nancy
  • SEMASA

Parlimen: PGK bukan ukuran tunggal pertimbangan permohonan kebajikan – Nancy

Utusan Sarawak 6 months ago
MENTERI Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri ketika sesi soal jawab lisan sempena Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, hari ini. Beliau berkata pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang diguna pakai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bukan ukuran atau penilaian tunggal dalam mempertimbangkan permohonan kebajikan. FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang diguna pakai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bukan ukuran atau penilaian tunggal dalam mempertimbangkan permohonan kebajikan, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau berkata beberapa faktor lain turut diambil kira bagi memastikan mereka yang layak dan benar-benar memerlukan, mendapat akses kepada bantuan kerajaan, termasuk aspek sokongan sosial keluarga secara menyeluruh seperti tanggungan keluarga, masalah kesihatan kronik, keperluan penjagaan yang rapi seperti orang kurang upaya (OKU) dan psikososial.

“JKM mengamalkan kelayakan dan keperluan dalam menilai permohonan bantuan kebajikan agar setiap kes dikendalikan dengan mengambil kira keadaan sebenar serta gambaran lebih meluas. Bukan hanya melihat daripada segi jumlah pendapatan mereka semata-mata,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini. 

Beliau menjawab soalan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (MUDA-Muar) sama ada kementerian mempunyai rancangan menaikkan siling pendapatan isi rumah pemohon bantuan JKM, dan adakah kadar baharu itu akan dijadikan sebagai penanda aras untuk dikaji secara tahunan mengikut kadar inflasi negara.

Nancy berkata mulai Januari tahun ini JKM telah mula mengguna pakai PGK baharu iaitu PGK 2022 dengan nilai ambang RM1,198. 

Beliau berkata dalam proses semakan semula dan pengemaskinian PGK 2022, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Perangkaan Malaysia telah melaksanakannya bersekali dengan Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah (HIES) serta Survei Kemudahan Asas. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Parlimen: Usaha hasilkan kenderaan elektrik, isu GISBH tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Next: Parlimen: Hasil kajian Dasar Pemetaan Utiliti Bawah Tanah sedang dikemas kini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.