Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Parlimen: Bentang dua rang undang-undang, perangi jenayah siber
  • SEMASA

Parlimen: Bentang dua rang undang-undang, perangi jenayah siber

Utusan Sarawak 5 months ago

KUALA LUMPUR: Tekad dan usaha Kerajaan MADANI dalam memerangi jenayah siber untuk menjamin keselamatan dalam talian semakin serius dengan pembentangan dua rang undang-undang berkaitan, di Dewan Rakyat, hari ini.

Dua rang undang-undang tersebut ialah Rang Undang-Undang Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 (Akta 588) dan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Pindaan) 2024.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, dijadual membentangkan kedua-dua rang undang-undang ini bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada 11.30 pagi ini, setelah selesai sesi soal jawab lisan.

Pindaan terhadap kedua-dua akta ini merupakan sebahagian daripada langkah kerajaan untuk memastikan ekosistem digital di negara ini bukan sahaja berkembang pesat, tetapi juga lebih selamat dan bebas daripada ancaman jenayah siber.

Sebelum ini, Fahmi menegaskan bahawa Kerajaan MADANI tidak akan berkompromi dalam usaha membanteras aktiviti jenayah dalam talian, sekali gus menjadikan Internet sebagai platform yang lebih selamat untuk pengguna.

Beliau berkata, pindaan Akta 588 yang telah berkuat kuasa selama 26 tahun itu akan meliputi penambahbaikan kepada skop penggunaan Seksyen 233, berhubung penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan rangkaian, bagi mengelakkannya disalah guna.

Selain itu, pindaan tersebut turut menyentuh aspek media sosial, pembangunan industri dan keselamatan rangkaian.

Berdasarkan data yang dikeluarkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), bagi tempoh 2022 sehingga 1 November lepas, jumlah pemohonan menurunkan kandungan lucah sebanyak 2,089, manakala kandungan palsu mencecah 24,934 dan kandungan unsur jelik sebanyak 21,147 permohonan.

Dalam tempoh sama, jumlah permohonan menurunkan kandungan dengan kesalahan melibatkan perjudian mencecah 169,769 sementara kesalahan penipuan (scam) termasuk akaun palsu dan penyamaran sebanyak 61,469 permohonan. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Peperiksaan Pentaksiran Standard untuk nilai tahap pendidikan sebenar anak Sarawak – Abang Johari
Next: Parlimen: Isu keciciran pembelajaran, “Auto Gate” di pintu masuk negara antara tumpuan sidang hari ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.