Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Parker Solar Probe ‘selamat’ selepas misi paling hampir dengan matahari
  • GLOBAL

Parker Solar Probe ‘selamat’ selepas misi paling hampir dengan matahari

Utusan Sarawak 5 months ago

Ilustrasi kapal angkasa Parker Solar Probe terbang ke dalam atmosfera luar matahari, dikenali korona, dalam misi membantu saintis mengetahui lebih lanjut mengenai bintang terdekat bumi. Foto NASA/Johns Hopkins APL/Steve Gribben/Edaran melalui agensi berita.

WASHINGTON: Parker Solar Probe milik NASA berada dalam keadaan selamat dan beroperasi seperti biasa selepas berjaya melakukan pendekatan terdekat ke matahari yang pernah dicapai oleh objek buatan manusia, menurut agensi angkasa lepas itu, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).

Kapal angkasa itu berada pada jarak hanya 6.1 juta kilometer dari permukaan matahari pada 24 Disember, memasuki atmosfera luar matahari – korona – dalam misi untuk membantu saintis mempelajari lebih lanjut tentang bintang paling dekat dengan Bumi.

Agensi itu memaklumkan bahawa pasukan operasi di makmal fizik gunaan Universiti Johns Hopkins di Maryland menerima isyarat, iaitu nada suar, daripada probe itu sejurus sebelum tengah malam Khamis.

Kapal angkasa itu dijangka menghantar data telemetri terperinci tentang statusnya pada 1 Januari.

Bergerak pada kelajuan sehingga 692,000 km/j, kapal angkasa itu merasai suhu sehingga 982 darjah Celsius.

“Kajian jarak dekat matahari ini membolehkan Parker Solar Probe mengambil ukuran yang membantu saintis lebih memahami bagaimana bahan di kawasan ini dipanaskan hingga jutaan darjah, menelusuri asal-usul angin suria (aliran bahan berterusan yang keluar dari matahari) dan mengetahui cara zarah bertenaga dipercepat kepada kelajuan hampir cahaya,” menurut NASA.

Parker Solar Probe dilancarkan pada 2018 dan secara beransur-ansur mengorbit mendekati matahari menggunakan lintasan Venus untuk menariknya secara graviti ke orbit yang lebih rapat dengan matahari. – Bernama-WAM

Continue Reading

Previous: Mahkamah Moscow denda TikTok AS$28,600 gagal turun kandungan terlarang
Next: Bayi Gaza meninggal dunia akibat cuaca sejuk, kurang tempat perlindungan, kebuluran semakin himpit penduduk

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.