Parit disimen sepenuhnya jejas sistem saliran, sukarkan kerja penyelenggaraan

Facebook
WhatsApp
LONGGOKAN sampah, lumpur dan sisa besar yang ditemui semasa kerja pembersihan parit dijalankan.

BINTULU: Parit disimen sepenuhnya di hadapan dua kediaman di kawasan perumahan RPR Sebiew menjejaskan sistem saliran dan menyukarkan kerja penyelenggaraan.

Menurut satu kenyataan daripada Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), tindakan tersebut boleh mengakibatkan masalah banjir dan menjadi tempat pembiakan nyamuk, selain menyukarkan kerja pembersihan parit dijalankan secara berkala.

BAHAN buangan bersaiz besar dikeluarkan dari dalam parit yang tersumbat, dipercayai menjadi punca gangguan saliran.

Hasil siasatan mendapati parit yang ditutup tersebut turut dipenuhi longgokan tanah dan sampah bersaiz besar.

Sehubungan itu, pemilik rumah terlibat telah diarahkan untuk memecahkan semula bahagian yang disimen dan menyediakan laluan bukaan bagi kerja penyelenggaraan.

“BDA menggesa kerjasama semua pihak agar tidak menutup laluan parit secara kekal demi kepentingan bersama,” ujar kenyataan itu.
Oleh Carolyne Utih