Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Paris SG pecah ‘sumpahan’?
  • SUKAN

Paris SG pecah ‘sumpahan’?

Utusan Sarawak 5 years ago

Paris Saint-Germain's Cameroon forward Eric Maxim Choupo-Moting (R) celebrates with teammates after scoring a goal during the UEFA Champions League quarter-final football match between Atalanta and Paris Saint-Germain at the Luz Stadium in Lisbon on August 12, 2020. (Photo by RAFAEL MARCHANTE / POOL / AFP)

ERIC Maxim Choupo-Moting (kanan) meraikan jaringan beliau bersama rakan sepasukan Paris Saint-Germain semasa perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara UEFA antara Atalanta dan Paris Saint-Germain di Stadium Luz di Lisbon . – AFP

SETELAH bertahun-tahun gagal memenuhi kehendak mereka di Eropah, Paris Saint-Germain mempunyai 90 minit lagi untuk layak ke final Liga Juara-Juara UEFA berikutan kemenangan dramatik mereka ke Atalanta semalam, dan jurulatih Thomas Tuchel kini tahu “semuanya mungkin” untuk pasukannya .

Paris SG sekali lagi berada di ambang penyingkiran mengecewakan daripada Liga Juara-Juara ketika mereka ketinggalan 1-0 kepada  Atalanta pada minit ke-90 di Lisbon, di mana semua perlwanan peringkat terakhir dimainkan setelah ‘lockdown’ Covid-19 yang panjang.

Tetapi jaringan Mario Pasalic pada minit ke-27 untuk pasukan dari Itali itu akhirnya dibatalkan oleh Marquinhos, yang menolak bola masuk pada minit-minit terakhir.

Kemudian, tiga minit dalam masa kecederaan, Kylian Mbappe membuka ruang untuk pemain gantian Eric Choupo-Moting menjaringan gol kemenangan.

“Gol-gol datang sangat lewat tetapi kami memang layak mendapat kemenangan. Kami tidak pernah berhenti percaya atau menyerang,” kata Tuchel, yang pasukannya akan menghadapi Atletico Madrid atau RB Leipzig di separuh akhir, yang pertama untuk kelab sejak 1995.

“Pemain-pemain saya yang masuk sebagai pemain gantian memberi impak besar. Kami layak mendapatkannya, kami membuat nasib kami sendiri.”

Tidak hadir dalam perlawanan penentuan Liga Juara-Juara dalam dua musim terakhir kerana kecederaan, Neymar cemerlang di sini, tidak pernah berputus asa. Dia mencipta gol penyamaan dan memainkan peranan dalam menyumbang gol kemenangan.

Mbappe hanya cukup cergas untuk bermain setengah jam terakhir, setelah diketepikan kerana kecederaan pergelangan kaki, tetapi kepantasan beliau di bahagian sayap kiri menyebabkan Atalanta tertekan di peringkat akhir perlawanan dan dia melakukan hantaran untuk gol kemenangan.

– Choupo-Moting membuat tanda –

Paris SG akan berharap bintang Perancis itu dapat memulakan aksi separuh akhir Rabu depan, tetapi terima kasih kepada Choupo-Moting bahawa mereka akan benar-benar berada di sana.

“Kami sudah memenangi empat gelaran musim ini tetapi yang paling penting adalah yang ini,” kata penyerang dari Cameroon itu.

Mereka telah tersingkir di pusingan kedua sejak tiga tahun lepas, tetapi gol Choupo-Moting menyaksikan mereka memecah siling kaca pada hari yang sama Paris SG menandakan ulang tahun ke-50 mereka.

Dia sebelumnya tidak pernah menjaringkan gol dalam Liga Juara-Juara dan mungkin lebih dikenang  di atas kegagalan beliau menjaringkan gol ketika berhadapan dengan pintu gol terbuka dalam perlawanan melawan Strasbourg.

Kontrak Choupo-Moting berakhir pada bulan Jun tetapi dia bersetuju untuk kekal selama dua bulan untuk memainkan peranan dalam ‘Final Eight’ setelah kontrak Edinson Cavani – penjaring terbanyak sepanjang masa Paris SG – tamat dan dia berpindah.

Oleh itu, pemain berusia 31 tahun itu masuk menggantikan Mauro Icardi yang tidak berkesan di peringkat akhir perlawanan. Walaubagaimanapun, dia turut di jangka memain sedikit peranan dalam aksi separuh akhir nanti.

Mbappe sudah siap sedia untuk tresenarai dalam kesebelasan utama dan Angel Di Maria akan kembali daripada penggantungan, walaupun Marco Verratti mungkin tidak dapat diturunkan kerana masih cedera.

“Terdapat perbezaan besar antara bermain dengan atau tanpa Kylian,” kata Tuchel.

“Itu jelas, dan sama dengan Marco dan Angel. Sekarang kita mempunyai enam hari untuk Kylian kembali ke tahap terbaik. “Saya tidak pasti mengenai Marco, tetapi kami berada dalam empat terakhir, semuanya mungkin.” – AFP

Continue Reading

Previous: Poulsen sedia ganti Werner
Next: Pertemuan bersejarah Paris SG, Leipzig

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.