Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Paras air Sungai Rajang meningkat
  • Tengah
  • WILAYAH

Paras air Sungai Rajang meningkat

Utusan Sarawak 2 months ago
KEADAAN banjir di sekitar kawasan pasar Kanowit, pagi tadi. Foto JBPM Zon Sibu

KANOWIT: Paras air Sungai Batang Rajang terus menunjukkan trend menaik menyebabkan pasar Kanowit dan beberapa jalan serta kawasan rendah dinaiki air.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Andy Alie, berkata hasil rondaan yang dijalankan pagi tadi, mendapati kawasan pekan Kanowit dan jalan di Kampung Hilir dilimpahi air pada paras ketinggian tiga kaki.

“Jalan Kanowit – Durin dilimpahi air pada paras ketingian tiga kaki. Sementara, Jalan Kapit Song (Menalun) dan Jambatan Poi jalan raya juga dilimpahi air pada paras ketingian tiga kaki,” katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Katanya, sepanjang rondaan dijalankan mendapati kebanyakan kawasan yang rendah serta jalan raya dinaiki air pada ketinggian dua kaki hingga tiga kaki.

“Setakat rondaan dijalankan 6.30 pagi hingga 7.30 pagi, mendapati trend air sedang naik dan tiada berlaku sebarang jenis kecemasan diterima oleh pihak bomba dan berada dalam keadaan yang terkawal,” katanya.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Banjir: 67 penduduk dipindahkan ke PPS Kompleks Sukan
Next: 95 peratus kemalangan disebabkan kelalaian, kecuaian pemandu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.