Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Paras air sungai lebihi tahap bahaya, mangsa banjir di Daerah Tatau kini 207 orang
  • Tengah
  • WILAYAH

Paras air sungai lebihi tahap bahaya, mangsa banjir di Daerah Tatau kini 207 orang

Utusan Sarawak 3 months ago

TATAU: Seramai 207 mangsa banjir daripada 60 keluarga kini ditempatkan di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Daerah Tatau berikutan hujan berterusan yang menyebabkan paras air sungai meningkat ke tahap bahaya.

PPS Dewan SMK Tatau menempatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 167 orang daripada 47 keluarga, melibatkan penduduk dari Kampung Dagang Tatau dan Kampung Baru Tatau.

PPS itu dibuka pada 11.00 pagi, semalam setelah air mula melimpah di kawasan penempatan mereka.

Sementara itu, PPS Rumah Steven yang telah beroperasi sejak 23 Januari lalu terus menampung 34 mangsa daripada 13 keluarga dari SK Kuala Muput.

Menurut Pegawai Daerah Tatau, Calvin Ligong, paras air di Sungai Kakus dan Batang Anap terus meningkat, dengan laporan Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) pada 4.00 pagi tadi menunjukkan Pekan Tatau berada pada tahap bahaya, manakala paras air di Sungai Muput di tahap amaran.

Agensi penyelamat dan bantuan, termasuk Pejabat Daerah Tatau, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Kementerian Kesihatan (KKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), serta RELA telah dikerahkan untuk memastikan kebajikan dan keselamatan mangsa di PPS terjamin.

Ketua Polis Daerah Tatau, DSP Jame Reis, bersama Calvin Ligong turut meninjau keadaan di PPS Dewan SMK Tatau bagi memastikan keperluan asas mangsa dipenuhi.

Pada masa sama, pihak berkuasa juga terus memantau situasi banjir dan bersiap sedia untuk tindakan lanjut sekiranya keadaan bertambah buruk.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Banjir: 30 mangsa dari Rumah Kalai berjaya dipindahkan, operasi dipergiatkan di Rumah Hawa
Next: Banjir: ADUN Tanjung Batu seru lebih ramai sukarelawan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.