Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Paras air mentah rendah di Loji Rawatan Air Trusan jejaskan bekalan di Lawas
  • WILAYAH

Paras air mentah rendah di Loji Rawatan Air Trusan jejaskan bekalan di Lawas

Utusan Sarawak 4 hours ago
NOTIS MAKLUMAN… Gangguan bekalan air sepanjang musim kemarau di kawasan Lawas. Foto JBALB Bahagian Limbang

LAWAS: Paras air mentah yang kritikal di Loji Rawatan Air Trusan menjejaskan bekalan air di seluruh kawasan Lawas, menurut Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB).

Dalam satu notis, JBALB memaklumkan gangguan berkenaan bagaimanapun tidak melibatkan kawasan Jalan Punang, Kuala Lawas dan Merapok kerana ketiga-tiga lokasi tersebut menerima bekalan daripada loji rawatan air yang berasingan.

AIR CETEK… Keadaan muka sauk yang cetek mengehadkan operasi Loji Rawatan Air Trusan.

Menurut kenyataan itu, Loji Rawatan Air Trusan kini hanya mampu beroperasi pada separuh kapasiti berikutan paras air yang rendah susulan musim kemarau.

“Keadaan kawasan pengambilan air mentah yang kritikal dan terlalu cetek menyebabkan operasi loji hanya dapat dijalankan pada separuh kapasiti sepanjang musim kemarau ini,” menurut JBALB Bahagian Limbang.

Sehubungan dengan itu, pengguna dinasihatkan supaya menyimpan air secukupnya dan menggunakannya secara berhemah bagi keperluan harian.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Yap saksi penyerahan LOA dua projek RTP, perkukuh kerjasama MBKS di Kota Sentosa
Next: Sistem parkir perlu diperbaiki segera – Michael Kong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.