Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Paras air meningkat, penduduk Matu dinasihat berwaspada
  • Tengah
  • WILAYAH

Paras air meningkat, penduduk Matu dinasihat berwaspada

Utusan Sarawak 1 day ago
RONDAAN…..mendapati semua lokasi yang dipantau menunjukkan trend paras air menaik. Foto APM Daerah Matu

MATU: Penduduk di daerah ini, khususnya yang tinggal di kawasan sering dilanda banjir serta kawasan rendah, dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan peka terhadap keadaan cuaca semasa berikutan trend paras air yang didapati semakin meningkat.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Matu menerusi kenyataannya memberitahu, hasil tinjauan dan rondaan yang dijalankan mendapati semua lokasi yang dipantau menunjukkan trend paras air menaik.

“Antara lokasi yang terlibat ialah Kampung Tian, Taman Sejahtera, Kampung Jemoreng, Kampung Bertong, Pekan Matu, Kampung Sekaan Besar, Kampung Berjaya, Kampung Sok, Kampung Sekaan Kechil, Jalan Passin serta Jalan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Matu,” katanya menerusi kenyataan.

Hubungi Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) APM Daerah Matu sekiranya berlaku sebarang kecemasan di talian: 084-832208 (24 jam).

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Pokok tumbang hempap reban ayam di Kampung Bunga Raya Saratok
Next: JBPM Sarawak gerakkan operasi cari lelaki warga emas hilang di Engkilili

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.