Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Paras air meningkat, APM Kuching perketat pemantauan banjir
  • TEMPATAN

Paras air meningkat, APM Kuching perketat pemantauan banjir

Utusan Sarawak 6 hours ago
APM Kuching melaksanakan pemantauan rapi di kawasan berisiko banjir di Kampung Sinar Budi Baru, Kuching, hari ini. Foto APM Sarawak

KUCHING: Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Kuching melaksanakan pemantauan rapi di kawasan berisiko banjir di Kampung Sinar Budi Baru, di sini, hari ini.

Pemantauan yang bermula kira-kira 5.44 petang itu mendapati keadaan cuaca hujan renyai-renyai dengan paras air menunjukkan trend menaik sehingga menyebabkan laluan jalan di kawasan berkenaan tidak dapat dilalui.

APM Kuching melaksanakan pemantauan rapi di kawasan berisiko banjir di Kampung Sinar Budi Baru, Kuching, hari ini. Foto APM Sarawak

Menurut APM Kuching, setakat 7.47 malam tadi, paras air masih meningkat namun tiada sebarang pemindahan penduduk ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dilaksanakan setakat ini.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada, mematuhi arahan pihak berkuasa serta mengikuti perkembangan terkini berkaitan situasi banjir dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan semua pihak.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Program Sarawak Kita Empun 3.0 perkukuh peranan Wanita PBB fahami PCDS 2030

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.