Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Paras air lebih empat kaki di dua kawasan banjir Meradong
  • WILAYAH

Paras air lebih empat kaki di dua kawasan banjir Meradong

Utusan Sarawak 17 hours ago
SEDIA… Agensi penyelamat bersiap di dua kawasan banjir. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Paras air empat kaki lebih direkodkan di dua kawasan rendah di Daerah Meradong susulan hujan dan trend air naik.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata pemantauan dijalankan di Rumah Michael di Nanga Stras dan kawasan Lemayong bermula 8.00 pagi hingga 1.00 petang tadi.

“Pemantauan mendapati paras air di kedua-dua kawasan ini menunjukkan trend menaik empat kaki lebih.

“Di kawasan Rumah Michael, Nanga Stras, bot penyelamat telah ditempatkan di sini sebagai langkah kesiapsiagaan sekiranya berlaku peningkatan paras air yang lebih serius.

“Ia bertujuan memastikan keselamatan penduduk setempat dan memudahkan proses pemindahan sekiranya keadaan bertambah buruk,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

SEDIA… Agensi penyelamat bersiap di dua kawasan banjir. Foto BBP Bintangor

Tambahnya, di kawasan Lemayong, laluan utama menuju ke kediaman penduduk telah dinaiki air dan sukar dilalui kenderaan, sekali gus menjejaskan pergerakan keluar masuk penduduk.

“Paras air empat kaki lebih ini memberi kesan langsung kepada pergerakan harian penduduk. Pemantauan secara berterusan akan terus dijalankan bagi memastikan sebarang perubahan keadaan dapat dikesan lebih awal dan tindakan segera dapat diambil.

“Operasi pemantauan di kedua-dua lokasi turut melibatkan kerjasama pelbagai agensi termasuk Angkatan Pertahanan Awam (APM), pihak polis dan anggota-anggota Rela.

“Status terkini, keadaan di kedua-dua kawasan masih terkawal, cuaca mendung dan tiada mangsa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS),” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Operasi Gelandangan: 19 ditahan, tujuh positif dadah
Next: 87 mangsa banjir selamat dipindahkan ke Dewan SK Pangkalan Sorah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.