Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Paras air di Pulau Bruit meningkat, keadaan masih terkawal
  • Tengah
  • WILAYAH

Paras air di Pulau Bruit meningkat, keadaan masih terkawal

Utusan Sarawak 1 day ago
RONDAAN PEMANTAUAN BANJIR…..Paras air di sekitar Pulau Bruit didapati lebih tinggi daripada paras biasa.

DARO: Paras air di sekitar Pulau Bruit didapati lebih tinggi daripada paras biasa, namun keadaan masih berada dalam tahap terkawal setakat petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memberitahu, rondaan pemantauan banjir telah dijalankan di kawasan Pulau Bruit bagi menilai situasi semasa berikutan trend kenaikan paras air.

“Hasil rondaan mendapati cuaca ketika itu hujan renyai-renyai dan tiada sebarang kes kecemasan dilaporkan sepanjang rondaan dijalankan,” ujarnya menerusi kenyataan, sebentar tadi.

BOMBA terus memantau situasi paras air di Pulau Bruit bagi memastikan keselamatan penduduk setempat

Katanya, paras air menunjukkan trend peningkatan, namun keadaan masih terkawal dan setakat 5.30 petang.

“Tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Pulau Bruit,” katanya.

Antara kampung di Pulau Bruit ialah kampung Penuai, Penibong, Betanak, Salah Kecil, Salah Besar, Tekajong dan Bruit.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Main layang-layang di jalan raya undang bahaya kepada pengguna
Next: Projek naik taraf jalan Kampung Hulu Maludam siap ikut jadual, tingkat keselesaan penduduk 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.