Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Paras air di Saratok beransur surut, IPD Saratok terus pantau kawasan berisiko
  • WILAYAH

Paras air di Saratok beransur surut, IPD Saratok terus pantau kawasan berisiko

Utusan Sarawak 8 hours ago
PENUGASAN bencana dijalankan bermula 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari tadi melibatkan Balai Polis Saratok, Balai Polis Roban dan Balai Polis Kabong. Foto IPD Saratok

SARATOK: Situasi banjir di Daerah Saratok setakat ini berada dalam keadaan terkawal hasil pemantauan berterusan yang dilaksanakan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok melibatkan beberapa lokasi berisiko, hari ini.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata pemantauan dan penugasan bencana dijalankan bermula 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari melibatkan Balai Polis Saratok, Balai Polis Roban dan Balai Polis Kabong.

Menurut beliau, rondaan di kawasan batang air Sungai Krian dan Sungai Awik mendapati paras air di kawasan berisiko masih dalam pemantauan dan sebahagiannya telah surut, selain tiada kawasan dilaporkan dinaiki air, mangsa banjir mahupun kerosakan harta benda.

“Keadaan cuaca pagi hingga tengah hari tadi di kawasan Saratok adalah mendung namun keadaan banjir tidak membimbangkan dan semua laluan perhubungan telah boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

PENUGASAN bencana dijalankan bermula 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari tadi melibatkan Balai Polis Saratok, Balai Polis Roban dan Balai Polis Kabong. Foto IPD Saratok

Beliau berkata di kawasan Roban pula, rondaan di Kampung Melayu Roban mendapati paras air sungai berada pada tahap normal dan terkawal walaupun cuaca mendung serta hujan renyai-renyai dilaporkan pada sebelah pagi.

Sementara itu, pemantauan di sekitar Kabong yang melibatkan beberapa kampung termasuk Kampung Wawasan, Kampung Baru, Kampung Sungai Benang dan Kampung Nyabor mendapati cuaca cerah dan paras air tidak menunjukkan sebarang kenaikan.

DSP Mathew berkata sepanjang operasi tersebut, tiada sekolah terjejas, tiada pusat pemindahan sementara dibuka serta tiada laporan kecederaan, kemalangan atau kejadian tanah runtuh diterima.

“Secara keseluruhan, penugasan berjalan dengan baik dan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini. Pasukan IPD Saratok sentiasa bersiap siaga dan akan meneruskan pemantauan di kawasan berpotensi banjir,” katanya.

Beliau turut menasihatkan penduduk setempat supaya sentiasa berwaspada memandangkan keadaan cuaca tidak menentu dan segera menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) IPD Saratok di talian 083-436102 atau balai polis berhampiran sekiranya berlaku kenaikan paras air atau sebarang kejadian bencana.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: APM Sri Aman pantau lokasi berisiko banjir, paras air masih terkawal
Next: PPS SK Bukit Arip ditutup selepas banjir surut

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.