Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Para SUKMA: Skuad Boccia sumbang dua pingat emas
  • SUKAN

Para SUKMA: Skuad Boccia sumbang dua pingat emas

Utusan Sarawak 8 months ago

KUCHING: Skuad Boccia Para Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak menyumbang dua pingat emas pada sesi pagi hari keempat perlawanan tersebut yang berlangsung di Dewan Persatuan Bola Keranjang Sarawak, di sini, hari ini.

Dua pingat emas itu diraih oleh Angeline Melissa Lawas dalam kategori individu wanita dan Dale Adelric Teri dalam kategori individu lelaki.

Dalam pertandingan itu, Angeline berjaya mengumpul enam mata sekali gus menewaskan Nur Aisyah Madzelan yang juga dari Sarawak (empat mata).

Sementara itu, Dale Adelric yang berjaya mencatatkan tujuh mata sekali gus menewaskan atlet dari Johor iaitu Iman Haikal Saifulram yang meraih pingat perak dengan merekodkan satu mata.

Majlis penyampaian pingat telah disempurnakan oleh isteri kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi dan diiringi Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Para SUKMA XXI Sarawak 2024, Datu Hii Chang Kee.

Selain itu, skuad boccia Sarawak turut menuai dua pingat perak yang disumbangkan oleh Nur Aisyah Madzelan dan Sherviana Mathew dalam kategori individu wanita.

Selain itu, dua pingat gangsa berjaya diraih Willyien Cliff Honseng dan Jervis Chi Hong Zhe masing-masing dalam kategori individu lelaki.

Oleh Rynna Sha’erra

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Para SUKMA: Melinda tuai emas angkat berat
Next: Para SUKMA: Skuad renang Sarawak tuai 17 emas, melebihi sasaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.