Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Para SUKMA: Pertahan emas rejam lembing, Marshal mahu beri hadiah wang tunai kepada ibu bapa
  • SUKAN

Para SUKMA: Pertahan emas rejam lembing, Marshal mahu beri hadiah wang tunai kepada ibu bapa

Utusan Sarawak 8 months ago

Marshal Lu Canner - Foto UKAS

KUCHING. “Ini sahaja yang saya boleh beri ibu bapa saya,” kata atlet berkerusi roda Sarawak Marshal Lu Canner selepas mempertahankan pingat emas dalam acara rejam lembing kategori F33 (kecacatan fizikal) pada Para Sukan Malaysia (Para SUKMA) di sini hari ini. 

Menyedari dirinya tidak mampu bekerja kerana tidak dapat berjalan sejak lahir, atlet berusia 41 tahun itu berkata hadiah kemenangan yang akan diterima susulan kejayaan hari ini akan diberikan kepada ibu bapanya kelak. 

“Apa lagi saya boleh buat? Saya juga ada cita-cita nak jadi polis, tapi tak boleh jalan, tak boleh kerja, nak bantu ibu bapa tak boleh, jadi ini sahaja yang saya boleh beri ibu bapa saya, sebagai anak ini sahaja usaha saya untuk mereka” katanya kepada Bernama di Stadium Sarawak di sini hari ini. 

Marshal hari ini melakukan rejaman sejauh 12.68 meter (m) justeru menewaskan wakil Selangor yang mencatatkan 12.66m untuk pingat perak manakala rakan senegeri Jeffery Angai menyambar pingat gangsa dengan 8.11m.

Para SUKMA 2024 Sarawak merupakan penampilan kedua Marshal apabila sebelum ini beliau turut meraih emas dalam acara sama pada edisi 2022.  

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg sebelum ini mengumumkan insentif RM15,000 kepada atlet yang berjaya meraih pingat emas pada temasya berkenaan selain RM5,000 bagi pemenang pingat perak dan RM3,000 bagi gangsa.

Dalam pada itu, Pengurus Pasukan Olahraga Kelantan Mahmood Drahman berharap klasifikasi akan diperketatkan dalam menentukan kelayakan atlet untuk berentap pada temasya berprestij itu. 

Beliau berkata pada edisi kali ini beliau mendapati terdapat atlet yang masih mempunyai tangan dibenarkan beraksi dalam acara T45 (kecacatan fizikal) yang sepatutnya adalah bagi atlet yang tidak mempunyai tangan. 

“Saya berharap Majlis Sukan Negara dan Majlis Paralimpik Malaysia akan mengambil tindakan segera dalam memastikan perkara ini tidak berulang pada masa akan datang untuk keadilan atlet bertanding,” katanya. — BERNAMA

Continue Reading

Previous: Para SUKMA: Emas diperoleh Ashley Irenaeus Jack untuk mendiang Chung Hong Tsin
Next: Para SUKMA: Bermula dengan cubaan, Cheng Tat naik podium untuk Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.