Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Para SUKMA: Juara, penganjur terbaik hasil kerja keras semua pihak
  • SUKAN

Para SUKMA: Juara, penganjur terbaik hasil kerja keras semua pihak

Utusan Sarawak 8 months ago

SESI FOTOGRAFI... Dato Sri Fatimah Abdullah dan tetamu kehormat yang lain bersama atlet Para SUKMA Sarawak bergambar selepas tamat majlis kesyukuran dan doa selamat kontinjen Para SUKMA 2024 di sebuah hotel di Kuching, hari ini.

KUCHING: Kejayaan Sarawak sebagai juara keseluruhan dan penganjur terbaik pada Temasya Para Sukan Malaysia (SUKMA) XXI 2024 adalah hasil usaha gigih serta komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh semua pihak yang terlibat.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata pencapaian luar biasa ini tidak mungkin dapat dicapai tanpa kerja keras pihak pengurusan kejohanan, jurulatih dan atlet kontinjen Sarawak.

“Objektif utama kita, iaitu menjadikan Sarawak tuan rumah terbaik, telah berjaya dicapai. Begitu juga dengan sasaran untuk merangkul kembali kejuaraan keseluruhan yang kini menjadi milik Sarawak, dengan pungutan 82 pingat emas.

“Saya mewakili kementerian kami mengambil kesempatan ini mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua kontinjen Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis kesyukuran dan doa selamat kontinjen Para SUKMA 2024 di sebuah hotel di sini, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Fatimah memberitahu insentif kepada atlet yang berjaya meraih pingat sepanjang temasya adalah sama seperti yang diberikan pada SUKMA yang lalu.

“Untuk kategori individu, insentif pingat emas ialah sebanyak RM15,000, perak RM5,000, dan gangsa RM3,000.

“Bagi kategori berpasukan, untuk dua orang berpasukan seorang akan memperoleh emas RM7,500, perak RM2,500 dan gangsa RM1,500. Diikuti pasukan tiga orang, setiap seorang akan mendapat RM5,000 untuk emas, RM2,000 perak, dan RM1,000 gangsa.

“Bagi pasukan empat orang, setiap seorang akan menerima RM3,760 untuk emas, RM2,000 perak, dan RM1,000 gangsa. Bagi pasukan lima orang atau lebih, setiap seorang akan menerima RM3,000 untuk emas, RM2,000 perak, dan RM1,000 gangsa,” jelasnya.

Oleh SHAHRUL QAIZAT

Continue Reading

Previous: Setiap kelemahan pasti ada kelebihan – Atlet Terbaik Lelaki Para SUKMA
Next: Khabib pelawa Jojo berlatih di Dagestan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.