Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Papan tanda anti dadah pertama dipasang di DUN Jepak
  • Utara
  • WILAYAH

Papan tanda anti dadah pertama dipasang di DUN Jepak

Utusan Sarawak 1 day ago
ISKANDAR Turkee bersama pihak agensi kerajaan dan swasta menunjuk pada papan tanda anti dadah pertama DUN Jepak semasa Majlis Perasmian Signboard Anti Dadah di Kampung Warisan Jepak, Bintulu, petang semalam.

BINTULU: Pemasangan papan tanda anti dadah pertama di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak merupakan antara langkah awal dalam usaha membendung gejala penyalahgunaan dadah di peringkat komuniti.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee berkata, inisiatif itu bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat serta menggalakkan mereka mendapatkan bantuan lebih awal sebelum masalah menjadi serius.

“Ini merupakan papan tanda pertama yang dipasang di DUN Jepak sebagai sebahagian daripada pendekatan pencegahan.

“Kebanyakan kes penyalahgunaan dadah hanya dirujuk kepada pihak berkuasa apabila telah mencapai tahap kritikal, sekali gus menyukarkan proses rawatan dan pemulihan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media semasa majlis perasmian Papan Tanda Anti Dadah di Kampung Warisan Jepak, petang semalam.

Mengulas lanjut, Iskandar menegaskan keperluan mewujudkan mekanisme sokongan awal seperti talian ‘hotline’ yang memaparkan nombor agensi penguat kuasa bagi membolehkan masyarakat menyalurkan maklumat dengan lebih berani dan segera.

“Melalui talian ini, orang ramai boleh melaporkan sebarang kegiatan berkaitan dadah terus kepada polis, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) atau Pusat Sehenti (OSC).

“Tindakan segera dapat diambil dan lebih ramai belia dapat diselamatkan daripada terjerumus dalam gejala dadah,” ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut memaklumkan bahawa OSC Daerah Bintulu merancang untuk menganjurkan Karnival Anti Dadah pada Julai depan.

Program itu bakal melibatkan pelbagai lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak, remaja, ibu bapa serta komuniti rumah panjang.

Karnival berkenaan merupakan inisiatif OSC bagi Menangani Isu Dadah dan Substans (MIDS) Daerah Bintulu dengan kerjasama Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Daerah Bintulu sebagai sebahagian daripada usaha berterusan memerangi penyalahgunaan dadah di daerah ini.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Site visit conducted for proposed futsal court in Kampung Lubok Buan under RTP funding
Next: 345 penduduk terima surat hak milik tanah di Bintulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.