Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • ‘Papa Zola The Movie’ kembali ke pawagam mulai 11 Jun sempena Hari Bapa
  • HIBURAN

‘Papa Zola The Movie’ kembali ke pawagam mulai 11 Jun sempena Hari Bapa

Utusan Sarawak 5 hours ago
‘PAPA Zola The Movie’ kembali ke layar perak sempena sambutan Hari Bapa 2026.

KUALA LUMPUR: Selepas mencipta fenomena dengan kutipan lebih RM69 juta, filem animasi nombor satu Malaysia, ‘Papa Zola The Movie’, kini kembali ke layar perak menerusi tayangan khas bersempena dengan sambutan Hari Bapa 2026.

MONSTA dalam kenyataan memaklumkan tayangan khas di hampir 50 pawagam utama terpilih di seluruh negara itu akan bermula dari 11 hingga 30 Jun ini bagi memberikan peluang kepada penonton untuk menikmati semula gelak tawa, emosi dan detik kekeluargaan yang menjadikan filem itu dekat di hati rakyat Malaysia.

“Lebih istimewa, tayangan kali ini hadir dalam versi khas dengan kandungan tambahan buat para peminat. Antaranya ialah sambungan kepada persoalan yang sering dibincangkan peminat di media sosial mengenai Otoi dan bagaimana watak tersebut keluar daripada dunia simulasi dalam satu daripada babak penting filem asal,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, versi khas ini turut menampilkan babak tambahan melibatkan BoBoiBoy dan Gopal, sekali gus memberikan nilai tambah kepada peminat setia, selain membuka ruang kepada penonton baharu untuk menikmati filem berkenaan.

Bagi menjadikan tayangan itu lebih bermakna, peminat juga berpeluang mendapatkan kad eksklusif ‘Papa Zola The Movie’ sebagai koleksi istimewa. 

Inisiatif ini bukan sahaja bagi meraikan peminat, tetapi menggalakkan penonton untuk membawa bapa, keluarga dan insan tersayang menikmati filem itu bersama-sama di pawagam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MONSTA yang juga pengarah dan penulis filem berkenaan Nizam Abd Razak berkata ‘Papa Zola The Movie’ sentiasa dekat di hati penonton kerana filem itu bukan sekadar kisah pengembaraan dan gelak tawa, tetapi turut mengangkat tema ikatan kekeluargaan dan kasih sayang seorang ayah.

“Bersempena dengan Hari Bapa, kami ingin memberikan peluang kepada penonton untuk kembali menikmati filem ini di pawagam bersama-sama insan tersayang. Kali ini, tayangan khas hadir dengan kandungan tambahan dan kejutan istimewa buat para peminat,” katanya.

Filem berkenaan mengisahkan Papa Zola, seorang bapa yang bekerja keras menyara keluarga kecilnya, namun tanpa diduga, dia bertemu semula dengan rakan lama yang pernah berkhidmat bersamanya dalam organisasi rahsia. Keadaan menjadi genting apabila anaknya, Pipi diculik makhluk asing. Papa Zola dan isterinya, Mama Zila kemudian bertindak pantas menyelamatkan Pipi dan melindungi dunia daripada ancaman makhluk itu. – Bernama

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Javier Bardem tampil menggerunkan dalam adaptasi TV ‘Cape Fear’
Next: Jason Mraz kembali ke Malaysia 31 Oktober depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.