Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Papa Zola The Movie catat kutipan RM43 juta di pawagam
  • HIBURAN

Papa Zola The Movie catat kutipan RM43 juta di pawagam

Utusan Sarawak 5 hours ago

KUALA LUMPUR: Papa Zola The Movie terus menguasai pawagam tempatan dengan kutipan terkini sebanyak RM43 juta, mengukuhkan kedudukannya sebagai antara filem animasi Malaysia paling berjaya dalam sejarah perfileman negara.

Populariti filem animasi ini, yang digelar fenomena “Papa Zola Fever”, turut mencetuskan pelbagai inisiatif impak sosial, termasuk tayangan khas dan program “belanja wayang” yang dianjurkan oleh pengaruh media sosial tempatan untuk membolehkan lebih ramai keluarga dan komuniti terpilih menikmati filem tersebut.

Antara pengaruh media sosial yang terlibat ialah Ashhhrap, Xavier Naxa, Cikgu Marviza, Miera Faera, Bella Park dan Zuhan Hamzah, yang usaha mereka mencerminkan nilai teras filem ini iaitu kebersamaan, kegembiraan dan sokongan komuniti.

Pengarah dan penulis Papa Zola The Movie, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif MONSTA Nizam Abd Razak berkata filem ini telah menjadi platform bermakna bagi keluarga meluangkan masa berkualiti bersama sepanjang cuti sekolah.

“Semasa cuti sekolah, Papa Zola The Movie menjadi ruang untuk keluarga berkumpul dan mencipta kenangan bermakna bersama. Yang menyentuh hati kami adalah apabila filem ini dinikmati bukan sahaja oleh ibu bapa dan anak-anak, malah keluarga turut membawa datuk dan nenek ke pawagam,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata inisiatif berasaskan komuniti yang membolehkan keluarga merentas generasi menonton filem ini amat selari dengan nilai-nilai yang ditonjolkan dalam cerita.

Sementara itu, penerbit eksekutif Papa Zola The Movie dan ketua Astro Shaw Raja Jastina Raja Arshad, berkata kejayaan filem ini mencerminkan sokongan kuat penonton terhadap produksi tempatan walaupun berdepan persaingan daripada filem-filem besar Hollywood.

“Pencapaian ini sangat bermakna bagi industri perfileman tempatan. Filem tempatan telah membuktikan bahawa mereka masih mampu bersaing,” katanya.

Raja Jastina turut berharap lebih ramai penonton akan mengunjungi pawagam sepanjang cuti sekolah hujung tahun bagi menonton filem ini.

Papa Zola The Movie mengisahkan seorang ayah bekerja keras yang bertemu semula dengan seorang rakan lama daripada perkhidmatannya dahulu dalam sebuah organisasi rahsia, P.A.P.A (Protect and Prevent Agency), sebelum memulakan misi menyelamatkan anaknya yang diculik oleh ancaman makhluk asing.

Filem ini sedang ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei, dan dijadualkan untuk tayangan antarabangsa bermula Januari 2026 di Indonesia, diikuti India, Vietnam dan beberapa pasaran Timur Tengah termasuk Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar serta Türkiye pada April 2026.- Bernama

Continue Reading

Previous: Beyoncé diisytiharkan bilionair oleh Majalah Forbes
Next: George Clooney, isteri dan anak-anak jadi warganegara Perancis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.