Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pantau rapi semua projek
  • TEMPATAN

Pantau rapi semua projek

Utusan Sarawak 5 years ago
PANTAU… Dr. Abdul Rahman turun padang memantau projek RTP DUN Bukit Kota bersama pegawai daripada agensi pelaksana agar tidak berlaku kelewatan berterusan selepas PKP.

LIMBANG: Semua agensi pelaksana diarah melakukan pemantauan rapi terhadap semua projek pembangunan di bawah  Program Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kota yang berdepan kelewatan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah  Datuk Dr  Abdul Rahman Ismail memberitahu, Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) dan Majlis Daerah Limbang (MDL) sebagai agensi pelaksana telah diarah untuk memantau perkembangan projek RTP yang berdepan kelewatan.

“Setakat ini kita berpuas hati dengan pemantauan yang dilakukan oleh agensi pelaksana terhadap projek RTP di DUN Bukit Kota.

“Namun demikian, kita tidak boleh menyalahkan agensi  pelaksana atas kelewatan susulan PKP. Tapi kita juga perlu pantau rapi apabila sektor pembinaam dibenarkan untuk mengelak sebarang kelewatan yang tidak sewajarnya,” tambah beliau.

Beberapa projek pembangunan ditangguhkan di Daerah Limbang antaranya Projek RTP Dewan Kampung Tegarai Fasa Satu.

Beliau menyatakan demikian ketika mengadakan lawatan ke Tapak Projek RTP Dewan Kampung Tegarai Fasa 1 kelmarin.

Turut sama ialah wakil Pegawai Daerah Limbang Mohd Sobree Damit, Pegawai Jabatan Kerja Raya (JKR) Limbang Faznur Syakhira Zulkipli dan Ketua Kampung Tegarai Wahap Moktar.

ADUN Bukit Kota menjelaskan, Projek RTP Dewan Kampung Tegarai Fasa Satu bernilai RM200,000, sepatutnya siap pada awal tahun ini, tetapi ditangguhkan disebabkan PKP dan dijangka siap hujung Julai ini.

“Setelah dilakukan sedikit perubahan jadual kerja, kita jangkakan mungkin hujung bulan Julai ini ia akan siap dan diteruskan untuk fasa kedua pembinaan bagi dewan ini,”ujarnya.

Keseluruhannya semua projek RTP kawasan DUN Bukit Kota telah berjalan semula selepas PKP.

Kini semua projek ini akan beliau pantau sendiri bersama agensi bertanggungjawab agar dapat memberi manfaat kepada rakyat dan Daerah Limbang.

Continue Reading

Previous: Beri notis awal jika tutup jalan
Next: Aktiviti sukan MAKSAK perlu sokongan wakil rakyat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.