Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pantau petugas barisan hadapan
  • TEMPATAN

Pantau petugas barisan hadapan

Utusan Sarawak 4 years ago
INGIN TAHU… Datuk Francis Harden Hollis sedang memperkatakan sesuatu kepada petugas barisan hadapan ketika melakukan lawatan ke PKRC, Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Sri Aman di Bandar Simanggang pada Selasa lepas.

SIMANGGANG: Kesibukan bertugas sebagai wakil rakyat ternyata tidak menghalang Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti, Datuk Francis Harden Hollis untuk memantau keadaan petugas barisan hadapan yang melawan Covid-19 di sini.

Ia terbukti apabila beliau telah melakukan lawatan terhadap Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Covid-19 di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Sri Aman di sini untuk bertemu para petugas berkenaan pada petang Selasa lepas.

Beliau bersama rombongan telah tiba di pekarangan luar bangunan pusat tersebut pada 3.00 petang. Kedatangan mereka disambut oleh Dr. Vong Chiew Ming, Dr. Deborah Teh Lay Yuen dan Ketua Penolong Pegawai Perubatan Hospital Sri Aman, Osman Midan.

Sebaik sahaja tiba, Harden dan rombongan kemudiannya mendengar taklimat yang disampaikan oleh Pengarah Hospital Sri Aman, Dr. Hazwani Mohd Yusop di luar berkaitan pengurusan Pusat PKRC di luar bangunan stadium tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang itu kemudiannya bertindak menyampaikan bantuan makanan, minuman dan sebuah mesin ‘Water Dispenser’ bagi tujuan kegunaan petugas barisan hadapan dan pesakit di pusat tersebut.

“Saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak Perbadanan Sukan Negeri Sarawak kerana memberi kebenaran untuk menjadikan stadium tertutup di sini sebagai PKRC bagi menampung keperluan rawatan serta penjagaan pesakit Covid-19.

“Justeru saya berharap agar petugas barisan hadapan di pusat tersebut selamat menjalani tugas dan memanfaat sebaik mungkin sumbangan yang diterima oleh mereka selama bagi kegunaan diri masing-masing,” kata beliau.
Harden kemudiannya menyaksikan kerja pembersihan pekarangan luar bangunan PKRC yang dilaksana oleh pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman sebelum mengakhiri lawatannya di situ.

Turut hadir, Residen Bahagian Sri Aman, Indit Bangai, wakil Pegawai Kesihatan Bahagian Sri Aman, Dr. Gwendolen Luciana Sylvester Gurang dan Setiausaha Sulit kepada Harden iaitu Jilin Itar.

Oleh VALENTINE NGUMBANG

Continue Reading

Previous: Salur peruntukan program bekalan makanan
Next: Kebajikan, keselamatan pelajar diutamakan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.