Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Pantau pematuhan SOP sehingga 31 Ogos
  • SEMASA

Pantau pematuhan SOP sehingga 31 Ogos

Utusan Sarawak 5 years ago

PUTRAJAYA, 7 Jun -- Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah hadir pada sidang media harian berkaitan jangkian COVID-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. Turut sama Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Datuk Dr Rohaizat Yon (dua, kanan).
--fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA


KETUA Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah hadir pada sidang media harian
berkaitan jangkian COVID-19 di Kementerian Kesihatan di Putrajaya, semalam.Turut sama Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Datuk Dr Rohaizat Yon (dua, kanan). •Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) akan terus memantau pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP), sehingga tamat Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada 31 Ogos ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pemantauan akan terus dilaksanakan di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit), supaya tindakan boleh dikenakan terhdap mereka yang ingkar SOP.

“Pemantauan perlu diteruskan, kerana virus masih wujud dalam komuniti dan kemungkinan jangkitan berlaku masih ada.]

“Jika selepas 31 Ogos, kes kekal satu atau dua angka KKM akan menimbang untuk membuka kawalan sempadan negara,” katanya dalam sidang media harian perkembangan COVID-19 di KKM, hari ini.

Beliau berkata, antara syarat yang dilihat sebelum sempadan negara dibuka semula ialah, pergerakan hanya terhad dalam negara zon hijau atau negara kelompok yang rendah risiko jangkitan COVID-19.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham optimis Malaysia mampu memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 tanpa vaksin, dengan pendekatan kawalan kesihatan awam.

“Kalau kita patuh pada saranan awam, (sebelum ini) kita berjaya mengawal jangkitan SARS dan MERS yang tak ada vaksin.

“Tak mustahil kita berjaya putuskan jangkitan COVID-19 tanpa vaksin, tapi ada vaksin lagi bagus,” katanya.-Bernama

Continue Reading

Previous: KM panelis webinar ‘Post COVID-19’
Next: Bincang harga tiket penerbangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.