Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pantai Peliau, Pantai Bungai dipenuhi puntung kayu
  • TEMPATAN

Pantai Peliau, Pantai Bungai dipenuhi puntung kayu

Utusan Sarawak 4 years ago
HANYUT… Batang kayu yang hanyut dan terdampar di tepi pantai, semalam.

BEKENU : Angin kencang dan ombak kuat yang berlaku di Pantai Bungai dan Pantai Peliau di sini malam semalam mengakibatkan banyak puntung kayu terdampar di pantai.

Kejadian berkenaan yang berlaku sekitar 9.00 malam turut meresahkan sebahagian penduduk yang tinggal berhampiran pantai.

Kejadian itu sekali gus mecacatkan keindahan semulajadi di kedua-dua pantai tersebut.

Justeru,  orang ramai dinasihatkan berhati-hati dan tidak digalakkan untuk berada di tepi pantai bagi menjamin keselamatan masing-masing.

Berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang, rata-rata penduduk Bungai dan Peliau yang mencari rezeki sebagai nelayan tidak berani turun ke laut, sekali gus menyebabkan kurangnya bekalan hasil laut segar di sini.

Tinjauan Utusan Sarawak di gerai ikan di RTC Bekenu di sini pagi semalam mendapati tidak ada aktiviti jualan ikan diadakan.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: 560 jalani saringan di Kampung Serikin
Next: 29 mangsa masih ditempatkan di PPS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.