Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Panglima Briged Kesembilan kunjungi keluarga mendiang Petrus
  • SEMASA

Panglima Briged Kesembilan kunjungi keluarga mendiang Petrus

Utusan Sarawak 8 months ago

Ahmad Norzaini (duduk dua kiri) ketika mengunjungi keluarga mendiang Koperal Petrus malam tadi. Foto Facebook Briged Kesembilan Infantri Malaysia

SIBU: Panglima Briged Kesembilan Infantri Malaysia, Brigadier Jeneral Ahmad Norzaini Badrun telah menzirahi keluarga mendiang Koperal Petrus Linggi Liman di rumah keluarga anggota tentera (RKAT), Kem Oya di sini, malam tadi.

Mendiang Petrus merupakan anggota Batalion Ketiga Rejimen Renjer Diraja (3 RRD) yang terkorban semasa menjalani latihan di kawasan am Song pada awal pagi semalam.

Menurut kenyataan yang dikongsikan di halaman Facebook Briged Kesembilan Infantri Malaysia, Ahmad Norzaini semasa lawatan itu telah menzahirkan ucapan takziah dan menghulurkan sedikit bantuan kewangan kepada isteri mendiang. 

Jenazah mendiang akan dibawa pulang ke Rumah Janting, Lemujan, Pakan dan dijangka dikebumikan pada 27 September ini. 

Insiden yang membawa kepada kematian mendiang disahkan berlaku akibat tembakan rambang semasa menjalani latihan Eksesais Pasak Bumi (EPB). 

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Sel Perhubungan Raya Markas Tentera Darat Malaysia (TDM) semalam, ketika kejadian, anggota terbabit sedang melaksanakan latihan di kawasan am Song, bermula pada 21 hingga 29 September 2024.

Ia melibat kawasan am Kanowit – Nanga Dap – Song dan berkekuatan satu kompeni.

“Pada 23 September 2024 (hari kedua latihan) jam lebih kurang 2.45 pagi, sewaktu sedang berehat (berlabuh), platun telah mendengar bunyi motosikal melalui jalan tidak berturap (jalan balak) berdekatan lokasi mereka berlabuh.

“Secara tiba-tiba, kedengaran bunyi tembakan yang dipercayai datang dari arah motosikal berkenaan. 

“Curiga dengan tembakan tersebut, pemeriksaan perimeter dilaksanakan serta merta dan mendapati seorang anggota telah cedera akibat tembakan tersebut,” katanya.

Kenyataan itu memberitahu, anggota telah diberi rawatan awal di lokasi kejadian sebelum dikejarkan ke Klinik Kesihatan Song pada jam 4.00 pagi. 

“Seterusnya anggota telah dirujuk ke Hospital Kapit untuk rawatan lanjut pada jam lebih kurang 5.00 pagi. Namun begitu, dukacita dimaklumkan bahawa anggota telah disahkan meninggal dunia pada jam 7.43 pagi di Hospital Kapit akibat kecederaan yang dialami,” katanya.

Oleh TARANI LANTING 

Continue Reading

Previous: Ahli Parlimen perlu sesuaikan diri dengan cabaran baharu, penuhi harapan rakyat
Next: Sarawak usahakan biojisim jana tenaga boleh diperbaharui

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.