Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Pangkalan hadapan bekalan bencana tidak akan kehabisan stok – Nancy
  • SEMASA

Pangkalan hadapan bekalan bencana tidak akan kehabisan stok – Nancy

Utusan Sarawak 6 hours ago
BANTUAN… Dato Sri Nancy Shukri dan Dato Sri Fatimah Abdullah ketika sidang media selepas lawatannya ke PPS Surau Ar-Rahman di Kampung Sungai Batu di Kuching, hari ini. Foto Shahrul Qaizat dan Norman B

KUCHING: Kerajaan memberi jaminan bahawa pangkalan hadapan bekalan bencana di seluruh negara tidak akan kehabisan stok, susulan persediaan awal dan sistem penambahan semula bekalan yang dilaksanakan secara berterusan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri berkata, ketika ini terdapat lapan depoh simpanan keperluan bekalan bencana di seluruh Malaysia yang sentiasa dipantau, dan setiap kali stok dikeluarkan, penambahan akan dibuat dengan segera bagi memastikan tiada kekurangan, khususnya barangan makanan dan minuman.

“Pangkalan hadapan ini memang disediakan lebih awal. Apabila bekalan dikeluarkan, kita akan terus menambah supaya tidak ada yang terkesan akibat kekurangan keperluan asas,” katanya.

 Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas lawatannya ke PPS Surau Ar-Rahman di Kampung Sungai Batu di sini, hari ini.

Menurut beliau, Kerajaan juga mempunyai 9,058 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang sedia diaktifkan di seluruh negara, melibatkan dewan masyarakat, dewan sekolah dan fasiliti awam yang telah berdaftar, dengan keupayaan menempatkan sehingga dua juta mangsa sekiranya berlaku bencana berskala besar.

Katanya, pembukaan dan pengoperasian PPS dilaksanakan secara berperingkat bagi memastikan keselamatan serta kebajikan mangsa terjamin, selain memudahkan penyelarasan bantuan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), pihak berkuasa tempatan dan agensi keselamatan.

Turut hadir, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah.

Oleh Shahrul Qaizat dan Norman B

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: 1,390 mangsa banjir di PPS, Sarawak catat pertambahan petang ini
Next: Gempa bumi bermagnitud 6.5 gegarkan Rancho Viejo, Mexico

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.