Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pangkah gasing terus dihidupkan, tarik minat generasi muda
  • Tengah
  • WILAYAH

Pangkah gasing terus dihidupkan, tarik minat generasi muda

Utusan Sarawak 6 hours ago
PERTANDINGAN Pangkah Gasing Kalaka Terbuka bagi merebut Piala YB Mohamad Duri berjaya menghimpunkan peminat sukan tradisi itu dari pelbagai daerah di Sarawak. Foto: ADUN Kalaka

SARATOK: Usaha memartabatkan sukan tradisional terus diperkasakan bagi memastikan warisan nenek moyang tidak ditelan arus zaman.

Terbaharu, Pertandingan Pangkah Gasing Kalaka Terbuka bagi merebut Piala YB Mohamad Duri berjaya menghimpunkan peminat sukan tradisi itu dari pelbagai daerah di Sarawak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri menegaskan bahawa penganjuran sukan tradisional seperti pangkah gasing akan terus dipertahankan dan dipertandingkan secara konsisten demi memastikan kelestariannya.

Menurut beliau, inisiatif berterusan perlu dilaksanakan bagi menarik minat generasi muda agar terus mengenali dan menghargai permainan warisan tersebut.

“Kita ingin memastikan permainan tradisi pangkah gasing terus dihidupkan dan diminati generasi muda masa kini. Dengan ada beberapa pertandingan yang dirancang sepanjang tahun ini, ia dapat dipertontonkan dan dipelajari oleh generasi baharu,” katanya.

Pertandingan yang berlangsung dari 7 hingga 11 Januari itu diadakan di Gelanggang Kenyalang, Kampung Tanjung Hulu Saratok sempena Sambutan Tahun Baharu 2026. Ia berjaya menarik penyertaan pasukan dari Daerah Spaoh, Sri Aman, Debak serta pasukan tuan rumah dari Saratok.

Aksi perlawanan akhir yang berlangsung sengit menyaksikan pasukan BRO 96 dari Spaoh muncul juara dan membawa pulang hadiah wang tunai RM700 berserta piala. Naib juara pula dimenangi pasukan PGA Fighter, juga dari Spaoh, yang menerima RM500 dan piala.

Tempat ketiga bersama diraih oleh pasukan Ado Udik dari Saratok dan Jebat Derhaka dari Sri Aman, dengan masing-masing membawa pulang RM300 serta piala sebagai penghargaan.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Setiausaha Kehormat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Kalaka, Gapor Ahmad, yang hadir mewakili ADUN Kalaka.

Mohamad Duri turut merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada Pengerusi Gelanggang Gasing Kenyalang Kalaka serta seluruh ahli jawatankuasa penganjur yang bertungkus-lumus memastikan kejohanan tersebut berjalan lancar.

Penganjuran ini sekali gus membuktikan bahawa sukan tradisional mampu menjadi ejen penyatuan masyarakat serta mengekalkan identiti budaya tempatan di tengah arus pemodenan.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Jambatan Beleti RM5 juta siap, tingkat keselamatan dan perhubungan penduduk
Next: Naik taraf Gelanggang Futsal Kampung Melayu Roban dipantau rapi melalui lawatan RTP

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.