Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Panduan EIA bantu sektor perhutanan patuhi piawaian alam sekitar
  • TEMPATAN

Panduan EIA bantu sektor perhutanan patuhi piawaian alam sekitar

Utusan Sarawak 16 hours ago
PREMIER Sarawak menerima Dokumen Panduan daripada Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Kayu Kayan Sarawak (STA), Annie Ting (empat dari kiri), disertai oleh Pengawal Kualiti Alam Sekitar Sarawak, Datu Jack Liam (tengah, barisan belakang) yang mewakili Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) dalam kerjasama bersama tersebut.

KUCHING: Dokumen panduan khas bagi membantu sektor perhutanan menafsir dan melaksanakan Environmental Impact Assessment (EIA) dengan lebih berkesan dilancarkan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2025 Peringkat Sarawak baru-baru ini.

Dikenali sebagai Guidance Document on Interpreting Environmental Impact Assessment (EIA) Terms and Conditions for Forestry Sector Projects in Sarawak, dokumen itu dibangunkan secara bersama oleh Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) dan Persatuan Kayu Kayan Sarawak (STA) dengan sokongan Jabatan Hutan Sarawak (FDS).

Panduan berkenaan bertujuan membantu pihak industri memahami serta melaksanakan Terma dan Syarat (T&S) laporan EIA yang telah diluluskan dengan lebih tepat, sekali gus memperkukuh pelaksanaan Audit Pematuhan Alam Sekitar (ECA) di bawah Peraturan-Peraturan Audit Sumber Asli dan Alam Sekitar 2008.

Pengawal Kualiti Alam Sekitar Sarawak, Datu Jack Liam, berkata pelancaran panduan itu merupakan satu langkah konkrit ke arah meningkatkan pematuhan dan pengawasan kendiri dalam industri berasaskan hutan.

Katanya, dengan pelaksanaan penuh ECA bagi sektor perhutanan bermula 1 Julai 2024, panduan ini menjadi rujukan penting bagi juruaudit dan pelaksana projek memastikan piawaian alam sekitar dipatuhi sepenuhnya.

Beliau menambah, usaha tersebut menunjukkan komitmen berterusan kerajaan negeri dan industri untuk mengamalkan pengurusan hutan secara bertanggungjawab dan mampan, sejajar dengan aspirasi Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.

Oleh Amanda L

Continue Reading

Previous: Regata Sarawak 2025: Perahu Bidar 30 Pekayuh Lelaki warnai pembukaan penuh gaya
Next: Laluan baharu Batik Air Kuching–Kota Kinabalu bermula 15 Disember 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.