Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Pandu guna GPS, kereta terjunam sungai di Sibu
  • KEMALANGAN

Pandu guna GPS, kereta terjunam sungai di Sibu

Utusan Sarawak 2 days ago
DETIK CEMAS….Kereta mangsa jatuh ke sungai Rajang di Jeti Paradom, malam tadi. Foto: Cheau Sze Cheik

SIBU: Akibat berpandukan aplikasi Sistem Penentududukan Sejagat (GPS), seorang wanita berdepan detik cemas apabila kereta dipandunya terbabas masuk ke dalam sungai Batang Rejang di jeti Paradom malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata, kejadian berlaku kira-kira 10.00 malam ketika mangsa yang berasal dari Bau memandu bersama seorang rakan menuju ke kawasan Sungai Merah menggunakan aplikasi GPS.

“Mangsa memaklumkan tidak biasa dengan jalan di Sibu dan hanya bergantung kepada GPS untuk panduan arah. Semasa kejadian, hujan turun dan kawasan sekitar gelap tanpa pencahayaan, menyukarkan penglihatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenderaan mangsa dikatakan telah memasuki laluan ke jeti feri Paradom tanpa disedari sebelum terus terbabas dan terjunam ke dalam sungai.

Bagaimanapun, kedua-dua wanita tersebut berjaya menyelamatkan diri dengan membuka pintu kereta dan keluar sebelum kenderaan tenggelam sepenuhnya.

“Keadaan air sungai yang tenang pada waktu kejadian membantu mengelakkan kenderaan hanyut. Tiada kecederaan dilaporkan,” tambah kenyataan itu.

Dua anggota polis peronda yang menerima maklumat segera dikerahkan ke lokasi untuk memberikan bantuan, sementara sebuah kren turut dipanggil bagi mengangkat kenderaan yang tenggelam.

Pihak polis menasihatkan orang ramai, terutamanya mereka yang tidak biasa dengan jalan di kawasan luar bandar, supaya lebih berhati-hati dan tidak terlalu bergantung kepada sistem navigasi ketika memandu pada waktu malam atau dalam keadaan cuaca buruk.

Sementara itu, berdasarkan maklumat yang dikongsikan mangsa di Facebooknya hari ini memberitahu, mangsa memandu keretanya datang dari Bau dan hendak ke Sungai Merah.

“Pihak berkuasa perlu meletakan palang keselamatan dan papan tanda amaran di kawasan tersebut serta meletakkan lampu di kawasan tersebut kerana terlalu gelap.

“Nasib saya dapat menyelamatkan diri, pihak polis juga memberitahu saya ini adalah bukan kejadian pertama berlaku di kawasan tersebut,” katanya dalam pengkongsiannya di facebook.

Oleh Akun Giman dan Tarani Lanting

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Fatal road accident claims two lives at Kpg Sebat, Lundu
Next: Remaja 13 tahun dikhuatiri lemas di Sungai Katibas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.