Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pandemik dijangka berakhir awal 2022
  • GLOBAL

Pandemik dijangka berakhir awal 2022

Utusan Sarawak 4 years ago

A health worker carries a container with samples of residents for conducting RT-PCR Covid-19 coronavirus test in Chennai on February 22, 2021, as India's coronavirus cases passed 11 million. (Photo by Arun SANKAR / AFP)

SEORANG pekerja kesihatan membawa bekas dengan sampel penduduk yang telah menjalani ujian koronavirus rT-PCR Covid-19 di Chennai. • Foto AFP

COPENHAGEN: Pengarah Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk Eropah Hans Kluge percaya pandemik Covid-19 akan berakhir pada awal 2022, lapor Agensi Berita Anadolu.

Covid-19 masih merebak pada 2021, namun ia akan lebih terkawal berbanding tahun lalu,kata kepada saluran penyiaran Denmark, DR  pada Ahad.

Menyifatkan situasi terburuk kini berakhir, Kluge berkata terdapat lebih banyak maklumat mengenai virus ini dibandingkan dengan 2020, ketika peringkat awal penularan.

Namun, turut mengingatkan tidak ada sesiapapun yang dapat mengetahui keadaan pandemik Covid-19 pada masa depan.

“Virus ini akan terus wujud, tapi saya berpendapat ia tidak lagi memerlukan sekatan. Ini adalah mesej yang optimis,” katanya.

Kluge berkara mutasi adalah perkara biasa dan virus ini sedang menyesuaikan diri dengan individu yang dijangkiti, yang menjadi kebimbangan ialah penularan mutasi yang pantas. 

Menurutnya, WHO memantau rapat keberkesanan vaksin Covid-19 yang dibangunkan untuk melawan jenis virus yang pantas merebak itu, katanya jika perlu vaksin dapat diubah berdasarkan mutasi baharu dan tidak perlu membangunkannya dari mula.

Beliau berkata mutasi tidak akan menjadikan virus itu tidak terkawal namun ia akan memberi lebih tekanan kepada negara-negara yang sistem penjagaan kesihatannya sudah di tahap sukar.

Masalah terbesar akan muncul apabila mereka yang telah divaksin berada di kelompok sama dengan golongan tidak divaksin, kerana itu faktor penjadualan memainkan peranan sangat penting, katanya.- Bernama

Continue Reading

Previous: Lebih 1,000 dipindahkan Banjir di Jakarta
Next: 59,000 dipindahkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.