
PANAMA CITY: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Panama (AAC) pada Khamis mengumumkan penyambungan semula penerbangan antara Panama dan Venezuela selepas digantung selama 10 bulan, lapor Agensi Berita Xinhua.
Dalam satu kenyataan, AAC memaklumkan bahawa penyambungan semula perkhidmatan penerbangan antara kedua-dua negara itu akan dilaksanakan berdasarkan “prinsip timbal balik.”
“Selain itu, perlu ditegaskan bahawa pengaktifan semula operasi penerbangan akan dijalankan mengikut keupayaan teknikal pengendali dari kedua-dua negara.
“AAC menyokong perkhidmatan pengangkutan udara komersial secara global di bawah dasar langit terbuka dan mengalu-alukan penyambungan semula penerbangan antara kedua-dua negara, yang membantu memperkukuh kesalinghubungan udara global,” menurut kenyataan itu.– Bernama-Xinhua