Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pameran Raja Kita dan Betong Kitchen meriahkan program sambutan Hari Keputeraan Agong
  • TEMPATAN

Pameran Raja Kita dan Betong Kitchen meriahkan program sambutan Hari Keputeraan Agong

Utusan Sarawak 6 hours ago
ATURCARA Majlis Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Ke-XVII Peringkat Sarawak.

KUCHING: Pelbagai pengisian menarik menanti pengunjung sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Ke-XVII Peringkat Sarawak, termasuk Pameran Raja Kita dan Betong Kitchen yang akan berlangsung di Perkarangan Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan di Betong bermula 11 Jun ini.

Sambutan penuh gilang-gemilang itu dijadualkan berlangsung selama empat hari berturut-turut bermula 11 hingga 14 Jun 2026 (bersamaan 25 hingga 28 Zulhijjah 1447H) dengan pelbagai pengisian program menarik yang telah disusun untuk kunjungan orang ramai.

Bagi menyemarakkan rasa syukur, Majlis Kesyukuran Agama-Agama Lain akan diadakan pada 13 Jun, 11.00 pagi di Dewan Panglima Rentap Betong, manakala umat Islam akan berhimpun bagi Majlis Kesyukuran pada hari yang sama, 6.00 petang di Masjid Jamek Betong.

Kemuncak sambutan pada 14 Jun pula akan diserikan dengan Majlis Jamuan Teh pada 10.30 pagi dan disusuli dengan Konsert Rakyat pada 8.00 malam. 

Kedua-dua acara kemuncak ini akan berlangsung di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan.

Segenap lapisan masyarakat di sekitar Bahagian Betong dan seluruh Sarawak dijemput hadir bagi sama-sama memeriahkan sambutan serta menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan taat setia kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: 35 pengamal media Sarawak perkasa kemahiran AI
Next: AirBorneo alami gangguan jadual penerbangan, beberapa laluan ditunda dan dibatalkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.