Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pameran Perdagangan Indonesia 2025 perluas peluang kerjasama Indonesia–Sarawak
  • Tengah
  • WILAYAH

Pameran Perdagangan Indonesia 2025 perluas peluang kerjasama Indonesia–Sarawak

Utusan Sarawak 2 days ago
KERJASAMA STRATEGIK…. Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Sibu, Dato’ Lau Cheng Kiong menyerahkan cenderahati kepada Abdullah pada majlis yang berlangsung di salah sebuah hotel terkemuka, malam tadi.

SIBU: Pameran Perdagangan Indonesia (TEI) 2025 yang akan diadakan di Indonesia Konvensyen dan Pameran (ICE), BSD City, Tengerang dari 15 hingga 19 Oktober ini, dijangka membuka ruang baharu untuk usaha sama, pelaburan dan peluasan pasaran antara Indonesia dan Sarawak.

Konsul Jeneral Republik Indonesia di Kuching yang baharu, Abdullah Zulkifli berkata, berkata TEI merupakan platform utama negara itu dalam mempromosikan perdagangan, pelaburan dan perkongsian strategik melalui pameran produk eksport berkualiti tinggi, perkhidmatan inovatif dan pelbagai peluang pelaburan.

“Memandangkan hubungan ekonomi yang erat antara Sarawak dan Indonesia, khususnya dalam sektor tenaga, komoditi dan pembuatan, penyertaan ini mampu membuka peluang baharu bagi pelaburan dan peluasan pasaran,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri pertemuan bersama komuniti perniagaan dan akademik pada majlis makan malam di salah sebuah hotel terkemuka, di sini malam tadi.

Abdullah berkata, bersempena TEI 2025, kerajaan Indonesia juga akan menganjurkan Mesyuarat Perniagaan Pekerjaan (EBM) pada 18 Oktober ini bertemakan ‘Menjalin Hubungan dengan Profesional Indonesia: Berkemahiran, Boleh Diandalkan, Bersedia untuk Dunia.’

“EBM akan mempertemukan syarikat penempatan pekerja migran Indonesia (P3MI) dengan bakal majikan dari pelbagai negara bagi mengukuhkan kerjasama dalam sektor tenaga kerja dan pembangunan sumber manusia,” ujarnya.

Menurutnya, program itu bertujuan membuka saluran pekerjaan baharu, memudahkan penempatan tenaga mahir dan separa mahir Indonesia, serta menggalakkan kerjasama antarabangsa dalam mobiliti tenaga kerja dan pembangunan kapasiti.

“Melalui penyertaan dalam TEI dan EBM 2025, kita bukan sahaja memperkukuh perdagangan dan pelaburan, tetapi juga mempererat hubungan antara rakyat asas kepada hubungan kukuh Indonesia–Sarawak,” kata beliau.

Abdullah turut menyatakan keyakinan bahawa hubungan erat dan kerjasama strategik antara kedua-dua wilayah akan membawa kepada masa depan yang lebih terhubung, makmur dan berdaya tahan.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Konsul Jeneral Indonesia baharu tekad perkukuh hubungan dua hala dengan Sarawak
Next: Latihan CBRNe Ex-Gamma 2025 uji sistem pengurusan kecemasan interaktif

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.