
BANDAR SERI BEGAWAN: Penganjuran pameran makanan, kraftangan dan industri kreatif oleh Brunei dan negeri jiran Malaysia, Sarawak, mencerminkan komitmen nyata dalam memperkukuh hubungan dua hala dalam bidang perdagangan, pelancongan dan pembangunan mampan, kata seorang menteri Brunei, semalam lapor Xinhua.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Datuk Seri Setia Dr Awang Mohd Amin Liew Abdullah berkata pameran itu menjadi platform dinamik yang menyokong pertumbuhan usahawan tempatan dalam industri makanan, kreatif dan kraftangan.
Pameran itu turut memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat yang dihubungkan oleh warisan, bahasa, adat dan nilai bersama sejak berabad lamanya, katanya semasa pelancaran program “Brunei-Sarawak Cultural Link and Taste Showcase”, semalam.
Pameran selama dua hari itu menampilkan lebih 40 reruai dengan pelbagai produk.
-Bernama-Xinhua