Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Pameran MATTA Sarawak pacu pemulihan, pelaburan pelancongan negeri
  • BISNES

Pameran MATTA Sarawak pacu pemulihan, pelaburan pelancongan negeri

Utusan Sarawak 21 hours ago
UNTUK KENANGAN…..Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Clarence Ting Ing Horh (empat kiri) pada majlis perasmian Pameran MATTA Sibu, di sini hari ini. Foto: Akun Giman

SIBU: Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Sarawak adalah bukti ketahanan Sarawak dan selari dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) yang bertujuan memberikan pendedahan global serta peluang perniagaan tanpa had dalam era inovasi pelancongan dan kemajuan teknologi yang pesat ini.

Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Clarence Ting Ing Horh berkata, cara ini sudah pasti merupakan platform berimpak tinggi untuk mendapatkan peluang pelaburan bagi pemain industry sekali gus mempamerkan tawaran pelancongan terbaik kepada orang ramai.

Katanya, dari tahun ke tahun, Pameran MATTA Sarawak telah membuktikan sumbangannya dalam pertumbuhan dan kemakmuran sektor pelancongan Malaysia serta industri pelancongan dan pengembaraan global secara keseluruhannya.

“Saya berasa bangga untuk menyatakan bahawa saya dan seluruh Majlis Perbandaran Sibu (MPS) menantikan lebih banyak sumbangan dan perubahan besar dalam industri pelancongan global pada masa akan datang,” katanya semasa berucap merasmikan Pameran MATTA Sibu, di sini hari ini.

Menurutnya, MATTA Fair melambangkan komitmen kuat persatuan itu dalam industri pelancongan. 

“Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Pengerusi Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Cawangan Sarawak, Oscar Choo dan pasukannya atas semangat serta dedikasi yang tidak berbelah bahagi dalam mempromosikan Sarawak dan seterusnya Malaysia, sebagai destinasi bertaraf dunia yang tidak dapat dilupakan untuk pengembaraan dan pengalaman sekali seumur hidup,” ujarnya.

Katanya, usaha mereka telah memastikan pemain industri pelancongan terus bekerjasama untuk memperkukuh industri ini dan menyumbang kepada pemulihan ekonomi.

“Ini membuktikan bahawa kekuatan terletak pada perpaduan. Kita tidak mampu mencapai kejayaan besar secara bersendirian, kita mesti bekerjasama ke arah matlamat yang sama,” kata beliau.

Turut hadir ialah Timbalan Presiden MATTA, Sheikh Awadh, Timbalan Pengerusi MATTA Cawangan Sarawak, Mok Venia, Pengerusi Penganjur MATTA Fair Sibu 2025, Ling How Kang, Pengarah Kanan, Lembaga Pelancongan Sarawak, Maurice Balang serta yang lain.

Oleh Akun Giman

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Industri sarang burung walit perluas ilmu praktikal melalui seminar di Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.