Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pameran digital, jualan usahawan platform promosi produk tempatan
  • WILAYAH

Pameran digital, jualan usahawan platform promosi produk tempatan

Utusan Sarawak 2 years ago
UNTUK KENANGAN… Wong mengambil peluang merakam gambar bersama kakitangan Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi pada pameran digital dan jualan usahawan sempena sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka di Stadium Tertutup Sibu bermula hari ini.  

SIBU: Pameran digital dan jualan usahawan sempena sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka platform komuniti setempat mempromosikan produk tempatan.

Selain berfungsi sebagai landasan kepada rakyat untuk melihat pencapaian Sarawak menerusi pelbagai aspek pembangunan sepanjang selepas 60 tahun merdeka.

Residen Bahagian Sibu, Wong Hieng Seng mengalu-alukan kehadiran orang ramai dan usahawan yang beminat untuk mempertingkatkan jualan dalam platform digital untuk hadir berkongsi pengetahuan dan pengalaman.

“Produk usahawan melalui platform digital. Pelaksanaan program ini jelas antara lain adalah bagi mempersiapkan usahawan dengan teknik pemasaran,” ujarnya.

Katanya, program ini juga melibatkan penyertaan pelbagai agensi dan komuniti setempat.

“Sebanyak 13 gerai pameran dianggotai 12 kementerian negeri Sarawak ambil bahagian dalam pameran ini.

“Salah satu daripadanya dari sini (Bahagian Sibu) turut serta ambil bahagian,” katanya ketika ditemui pemberita di pameran digital dan jualan usahawan sempena sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka di Stadium Tertutup Sibu bermula hari ini.

“Terdapat juga gerai jualan kraf tangan dan makanan di Foyer Stadium. Ini bertujuan mempromosikan produk komuniti setempat.

“Bukan itu sahaja, turut berlangsung program ramah mesra bersama warga emas dan ceramah kepada pelajar berkaitan 60 Tahun Sarawak Merdeka yang berpusat di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sibu yang berlangsung pagi tadi,” katanya ketika ditemui pemberita, hari ini.

Tambahnya lagi, pelbagai aktiviti menarik minat para pengunjung.

Antaranya senamrobik, pertandingan mewarna dan sukan elektronik.

Pada masa sama, orang ramai turut berpeluang untuk menderma darah dan melakukan saringan kesihatan secara percuma yang akan diadakan selama dua hari di sini.

Wong juga memaklumkan pelepasan Konvoi Sarawak Merdeka untuk Bahagian Sibu juga di adakan di Stadium Tertutup Sibu pada hari terakhir pameran digital dan jualan usahawan dilangsungkan.

Oleh TARANI LANTING

Continue Reading

Previous: Majlis Perbandaran Sibu anjur Hari Cinta Bumi 1 Julai ini
Next: Kebakaran: JPBN terima 436 permohonan bina semula rumah sejak 2020

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.