Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Pamer produk tembakau, pemilik kedai runcit didenda RM2,000 di Sibu
  • MAHKAMAH

Pamer produk tembakau, pemilik kedai runcit didenda RM2,000 di Sibu

Utusan Sarawak 5 hours ago

SIBU: Seorang pemilik kedai runcit telah dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Sibu semalam selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mempamerkan produk tembakau bagi tujuan jualan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam telah menjelaskan bayaran denda tersebut bagi mengelakkan hukuman penjara selama satu bulan.

Pertuduhan telah dibacakan di hadapan Majistret Tuan Oon Kork Chen di bawah Seksyen 10(1) Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 yang dibaca bersama Peraturan 6(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam (Kawalan Penjualan) 2024.

Berdasarkan fakta kes, kesalahan dikesan semasa serbuan oleh pasukan penguatkuasaan dari Pejabat Kesihatan Bahagian Sibu yang mendapati premis tersebut, yang bukan merupakan kedai khas penjualan produk tembakau, telah mempamerkan produk merokok di rak untuk tujuan jualan.

Kes ini telah disiasat oleh Pegawai Penyiasat PPKP Chieng Mee Tang dari Pejabat Kesihatan Bahagian Sibu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa dari Unit Inspektorat dan Perundangan Pejabat Kesihatan Bahagian Sibu serta Pasukan Teras Pendakwaan Sarawak, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak yang terdiri daripada Maswel Lenard Thomas, Khoo Ai Yuan, dan Andy Yet Yew Huat.

Pihak pendakwaan dalam hujahannya menekankan faktor pemberatan bahawa hukuman ini mencerminkan keseriusan kesalahan terhadap kepentingan awam dalam mengawal pendedahan produk tembakau.

Hukuman yang dijatuhkan bertujuan untuk memberi pengajaran khusus kepada tertuduh serta menjadi amaran umum kepada peniaga lain agar tidak mengabaikan undang-undang kesihatan awam demi kepentingan perniagaan.

Pihak berkuasa menegaskan bahawa larangan mempamerkan produk merokok adalah mekanisme kritikal untuk melindungi masyarakat, terutamanya golongan muda dan kanak-kanak, daripada pengaruh serta risiko memulakan tabiat merokok.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Dua pemilik kedai runcit di Sibu didenda, jual rokok tanpa patuhi peraturan pembungkusan dan pelabelan amaran kesihatan
Next: Jual rokok bawah harga minimum, peniaga di Sibu didenda RM2,000

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.