Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Palace diselamatkan oleh hatrik Mateta
  • SUKAN

Palace diselamatkan oleh hatrik Mateta

Utusan Sarawak 18 hours ago

LONDON: Jean-Philippe Mateta muncul wira Crystal Palace selepas meledak hatrik pada babak kedua untuk mengikat Bournemouth 3-3 dalam aksi dramatik Liga Perdana Inggeris (EPL) di Selhurst Park, awal pagi tadi.

Penyerang Perancis itu, yang baru menjaringkan gol sulung bersama skuad kebangsaan minggu lalu, sekali lagi menjadi penyelamat apabila memastikan Palace tidak pulang tangan kosong di laman sendiri.

Bournemouth yang berpeluang mendahului liga bermula garang apabila pemain muda sensasi, Eli Kroupi Jr menjaringkan dua gol pada separuh masa pertama untuk meletakkan pelawat di depan.

Namun kebangkitan Palace bermula selepas rehat apabila Mateta menjaringkan dua gol pantas dalam tempoh lima minit untuk menyamakan kedudukan di hadapan penyokong sendiri.

Ketika Palace dilihat bakal mencatat kemenangan, Bournemouth kembali di depan menerusi jaringan Ryan Christie pada minit ke-89 hasil peluang mudah di depan gawang.

Drama belum berakhir apabila Mateta menyempurnakan sepakan penalti selepas Marc Guehi dijatuhkan dalam kotak penalti bagi melengkapkan hatrik gemilangnya.

Pemain berusia 27 tahun itu hampir menjadi wira mutlak apabila berpeluang menjaringkan gol kemenangan di masa kecederaan, namun percubaannya tersasar dari jarak dekat. – AGENSI

Continue Reading

Previous: Man City terlalu bergantung kepada Haaland, kata Guardiola
Next: SEB A juara beregu campuran Pickleball MAKSAK Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.